71 Sekolah Di KL & Selangor Bakal Laksana PdPR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

Difahamkan, langkah itu diambil bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 28 Mei 2025.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo!
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberi kebenaran untuk laksana Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dari 26 hingga 28 Mei 2025 bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

Menurut laporan Kosmo!, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan langkah tersebut diambil bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh tersebut.

Oleh itu, ia melibatkan penutupan jalan dan pelaksanaan kawalan keselamatan di beberapa lokasi strategik.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

"Ia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid di sekolah-sekolah yang terlibat tidak terjejas.

"Ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat dinasihatkan untuk merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR," katanya.

Berikut adalah senarai 71 sekolah terlibat:

Kuala Lumpur (Keramat)
– SMK Convent Bukit Nanas
– SMK Puteri Wilayah
– SMK Padang Tembak
– SMK Puteri Ampang
– SMK Seri Ampang
– SMK Puteri Titiwangsa
– SMK Seri Titiwangsa
– St John Institution
– SK Convent 1 dan 2 Bukit Nanas
– SK St John 1
– SJKC Nan Kai
– SK Kg Bharu
– SK Pendidikan Khas Kg Bharu
– SJKT Jalan Fletcher
– SK Jalan Kuantan 2
– SK Padang Tembak 1
– SK Padang Tembak 2
– SK Polis Depot Keramat
– SK Jalan Gurney 1
– SK Jalan Gurney 2
– SK Jalan Raja Muda
– SJKC Lai Meng

Kuala Lumpur (Sentul)
– SMK Maxwell
– SMK Kiaramas
– SJKT Appar
– SJKC Chung Kwok
– SK (L) Jalan Batu
– SK(P) Jln Batu
– SK Pendidikan Khas Jln Batu
– SJKC Chung Kwok
– SK Kiaramas Sentul

Kuala Lumpur (Bangsar/Pudu)
– SMK (P) Bandaraya
– SMK (P) Jalan Pudu
– SMK (P) Methodist Kl
– SJKC Kuen Cheng 1
– SK Jalan Hang Tuah
– SK (P) Pudu
– SJKC Kung Min
– SK Jalan Pasar
– SK Dato Abu Bakar
– SK Sultan Hishamuddin Alam Shah

Selangor (Petaling Utama)
– SK Lembah Subang
– SK Assunta (Satu)
– SK (L) Bukit Bintang (1)
– SK Methodist, PJ
– SK Jalan Selangor (Satu)
– SK 2 Jalan Selangor
– SK Satu Sultan Alam Shah
– SK 2 Sultan Alam Shah
– SK Sungei Way
– SJK(T) Vivekananda
– SMK Sri Utama
– SMK Lembah Subang
– SMK Assunta
– SMK (L) Bukit Bintang
– SMK Katholik
– SMK La Salle, PJ
– SMK Sultan Abdul Samad
– SMK (P) Tmn Petaling

Selangor (Petaling Perdana)
– SK TUDM Subang
– SK TTDI Jaya
– SK Bukit Jelutong
– SMK TTDI Jaya
– SMK Shah Alam
– SMK Bukit Jelutong

Selangor (Sepang)
– SK Cyberjaya
– SK Taman Putra Perdana
– SK Taman Putra Perdana 2
– SJK (C) Union
– SMK Cyberjaya
– SMK Putra Perdana

Difahamkan, KPM yakin dengan pelaksanaan PdPR sewaktu pandemik dan semasa dalam situasi bencana dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pada waktu sama aspek kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: