7 Warga Malaysia Diusir Keluar Norway Lepas Kantoi Buat Pakej Tengok Aurora Secara Haram

Terdapat pelancong dilaporkan dikenakan bayaran lebih 100,000 kroner Norway (kira-kira RM40,000) setiap trip.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pihak berkuasa Norway telah mengusir 12 warga asing dalam beberapa bulan kebelakangan ini atas kesalahan pengoperasian perkhidmatan pengangkutan berbayar tanpa permit yang sah

Menerusi laporan media tempatan Norway, NRK, tujuh rakyat Malaysia dan lima warga China telah diusir sejak September tahun lepas.

Kesemua mereka yang diusir juga dilarang memasuki kawasan Kesatuan Eropah (EU) dan kawasan Schengen selama dua tahun selepas meninggalkan negara itu.

Polis berkata individu-individu tersebut tidak mempunyai lesen memandu atau permit kerja yang sah yang diperlukan untuk mengendalikan perkhidmatan pengangkutan pelancong di Norway.

Mereka ditahan semasa operasi penguatkuasaan berasingan di Lofoten, Ofoten dan Tromsø, dan telah mengaku melakukan kesalahan tersebut.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via r3dmax/Freepik

Banyak pihak menawarkan perkhidmatan pemandu pelancong tanpa kebenaran kepada pelancong apabila permintaan untuk melihat aurora meningkat

Sesetengah pelancong dilaporkan dikenakan bayaran lebih 100,000 kroner Norway (kira-kira RM40,000) setiap perjalanan, kebiasaanya merangkumi penginapan, pemandu dan pemandu pelancong.

"Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah kereta seven-seater atau SUV dan seseorang yang boleh memandu. Macam itu sahaja, anda dah boleh ada perniagaan safari Northern Lights.

"Kami menemui operasi ini terutamanya di Tromsø. Mereka berdiri di jalanan dan mengambil pelancong," kata Ketua Pusat A-Krim Nordland, Kurt Kolvereid Jacobsen.

Menurut Jacobsen, operasi pelancongan haram ini sering menawarkan lawatan pada harga yang jauh lebih rendah daripada syarikat yang sah.

"Sesetengah pelancong mungkin tertarik untuk memilih pilihan termurah, hanya untuk mendapati bahawa ia adalah kenderaan persendirian yang mereka naiki," katanya, sambil menambah bahawa tidak jelas sama ada pelancong sedar bahawa pihak sedemikian tidak mempunyai insurans dan dokumentasi yang betul.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Klaudia Borowiec/Unsplash

Berpotensi menimbulkan risiko keselamatan yang serius kerana pemandu berkemungkinan tidak dilatih untuk mengendalikan pemanduan pada musim sejuk

"Mereka merupakan pihak yang bekerja secara haram dan tidak mematuhi Akta Persekitaran Kerja. Mereka menurunkan harga, mungkin dengan tidak mengendahkan keselamatan. Ia juga boleh menjejaskan reputasi industri," kata pengarah urusan Visiting Tromsø, Lone Helle.

Pengendali operasi pelancongan haram itu masing-masing didenda 60,000 kroner Norway (sekitar RM24,000) oleh Direktorat Imigresen Norway (UDI) dan pendapatan mereka dirampas sebelum mereka dihantar pulang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: