7 Simbol Amaran Kereta Pada Dashboard & Apa Maksud Di Sebaliknya

Simpan tips ini, barulah tak menggelabah nanti!

Enlarge text
Cover ImageCover image via dubizzle & freepik/Magnific
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anda mungkin pernah melihat salah satu lampu amaran ini muncul di dashboard kereta

SAYS.com
Image via Erik Mclean/Pexels (Edited by SAYS)

Tetapi tahukah anda apa maksud sebenar di sebalik simbol-simbol ini dan bilakah anda perlu benar-benar risau akan amaran yang dipaparkan?

Berikut ialah panduan mudah bila lampu amaran ini muncul dekat dashboard:

1. Lampu amaran enjin

Apabila simbol ini menyala, isyarat boleh merangkumi pelbagai isu, daripada kerosakan kecil hinggalah masalah enjin yang lebih serius.

Simbol yang tidak berkelip biasanya menunjukkan masalah yang tidak begitu serius, manakala lampu yang berkelip bermaksud terdapat kerosakan yang teruk.

Jika ia bukan masalah yang serius, anda disarankan bawa kereta ke mekanik secepat mungkin untuk melakukan diagnostik dan menyelesaikan sebarang masalah bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan pada enjin.

Jika ia teruk, perlahankan kenderaan dan berhenti di tempat yang selamat di tepi jalan, kemudian hubungi perkhidmatan trak tunda.

Perlukah anda risau: Ya, walaupun lampu tidak berkelip, pastikan anda lakukan pemeriksaan secepat mungkin.

SAYS.com
Image via freepik/Magnific

2. Lampu tekanan minyak

Simbol ini menunjukkan tekanan minyak rendah, yang boleh mengakibatkan kerosakan enjin jika ia tidak ditangani.

Apabila anda mendapat amaran ini, sebaiknya berhenti memandu dan periksa paras minyak enjin anda dengan dipstick yang disediakan.

Jika anda mendapati paras minyak lebih rendah daripada paras yang disyorkan, hubungi talian bantuan untuk mengelakkan kerosakan enjin lebih daripada yang sepatutnya.

Perlukah anda risau: Ya, memandu secara berterusan apabila simbol ini menyala boleh menyebabkan kerosakan enjin yang teruk.

SAYS.com
Image via Engine Learner

3. Lampu amaran bateri

Amaran ini biasanya berkaitan dengan alternator, bateri atau pendawaian yang berkaitan.

Ia menunjukkan bahawa bateri di dalam kereta tidak dicas dengan betul semasa enjin sedang berjalan.

Dalam kes ini, adalah lebih baik untuk pergi ke bengkel berdekatan bagi memeriksa bateri dan menggantikan bahagian yang mungkin sudah alami kerosakan seperti alternator.

Perlukah anda risau:
Ya, kereta anda mungkin berhenti bergerak sebaik sahaja bateri habis.

SAYS.com
Image via dubizzle

4. Lampu amaran brek

Simbol ini biasanya menyala apabila brek tangan anda ditarik.

Walau bagaimanapun, jika lampu menyala semasa anda memandu, ia mungkin disebabkan oleh cecair brek rendah atau mungkin terdapat kerosakan pada sistem brek.

Jika ia menyala, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memastikan brek tangan anda tidak dalam keadaan ditarik. Kemudian, jika amaran masih ada, periksa cecair brek dan uji brek untuk melihat sama ada berlaku sesuatu pada brek ataupun tidak.

Perlukah anda risau: Ya, isu ini secara langsung boleh menjejaskan keselamatan anda di jalan raya.

SAYS.com
Image via Sun Devil Auto

5. Lampu amaran tekanan angin tayar

Simbol ini memberi amaran kepada anda apabila tekanan angin tayar kereta anda jatuh di bawah paras yang disyorkan.

Memandu dalam keadaan ini boleh mengurangkan kawalan, meningkatkan penggunaan bahan api dan memburukkan lagi keadaan tayar.

Apabila anda perasan simbol ini menyala, anda perlu segera ke stesen minyak berdekatan untuk mengepam tayar kereta anda ke paras tekanan yang disyorkan.

Jika masalah ini berterusan, cuba periksa retakan atau punca tayar pancit yang menyebabkan angin bocor keluar dari tayar kereta.

Patutkah anda risau: Ya, tetapi ia bukan sesuatu yang mendesak. Cuba atasinya secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang risiko keselamatan.

SAYS.com
Image via Dobbs Tyre & Auto Centers

6. Lampu amaran ABS

Jika simbol ini muncul, ia bermakna sistem Anti-Lock Braking (ABS) mungkin tidak berfungsi dengan betul, terutamanya semasa brek kecemasan.

Walau bagaimanapun, brek tradisional masih akan berfungsi seperti biasa. Ambil masa untuk dapatkan pemeriksaan diagnostik secepat mungkin untuk mengenal pasti masalah dalam sistem.

Perlukah anda risau: Ya, tetapi ia bukankah masalah yang teruk selagi brek anda masih berfungsi seperti biasa.

SAYS.com
Image via CAR FROM JAPAN (Facebook)

7. Lampu amaran suhu

Simbol ini menunjukkan bahawa enjin sudah terlalu panas. Pemanduan berterusan boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kereta, jadi anda disarankan untuk berhenti memandu bila sampai di kawasan yang selamat.

Setelah berhenti, anda boleh menunggu enjin kembali kepada suhu normal sebelum boleh mula memeriksa tahap minyak dan coolant.

Jika perlu, dapatkan khidmat profesional untuk mendiagnosis dan membetulkan masalah tersebut.

Perlukah anda risau: Ya, kepanasan melampau boleh menyebabkan kegagalan enjin yang teruk, boleh menyebabkan anda alami kerugian yang lebih besar dalam jangka masa panjang.

SAYS.com
Image via HomeTowne Auto Repair and Tire

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik