7 Sebab Kenapa Travel Dengan ‘Bros’ Lebih Best Dan Terbaik
Mana destinasi untuk 'the ultimate BROcation' anda?
Cover image via glaciermedia.ca"Dengan siapa aku patut travel?"
Ini merupakan satu persoalan yang wajib singgah di kepala masing-masing sebelum pergi melancong, baik lelaki mahupun perempuan.
Bak kata pepatah:
***'It's not only the destination that matters, but the person with whom you travel'***
Siapa-siapa yang nak *travel* mesti kena *decide* teman yang akan ikut bersama. Selalunya, misi untuk mengajak rakan-rakan lain memang mencabar. Dan ada juga yang merasakan melancong dengan rakan-rakan yang sama jantina lebih mudah, terutamanya kaum lelaki.
Jadi, kenapa kaum lelaki rasa travel dengan bros dalam 'all boys trip' lebih best? Di sini kami senaraikan 7 sebab iaitu:
1. Bros tahu macam mana nak navigate dan cari jalan
Kalau pergi *travel* ke mana-mana pun, selalunya lelaki yang akan memandu kereta ke sana ke mari. Memang dah jadi lumrah untuk si lelaki menjadi *driver*. Bukan sahaja *driver*, lelaki juga selalunya lebih cekap dalam soal mencari jalan, membaca peta, dan menentukan hala tuju ketika *travel*.
Kebarangkalian untuk sesat juga adalah lebih rendah. Dan kalau sesat sekali pun, pastinya *bros* tahu macam mana nak cari jalan pulang.
2. Bros akan rasa lebih selamat bila berjalan pada waktu malam
Berjalan pada waktu malam boleh jadi satu pengalaman yang menakutkan. Terutamanya bila berjalan di kawasan yang sunyi dan gelap. Tapi dengan adanya sekumpulan *bros* berjalan bersama, rasa takut itu pasti akan hilang.
Persepsi orang di jalanan juga berbeza bila melihat kaum lelaki sedang berjalan pada waktu malam. Orang nak kacau pun rasa takut. Berbeza dengan kaum wanita yang mungkin lebih cenderung untuk didekati oleh orang yang tidak dikenali. Betul tak?
3. Bros lebih pandai ambil gambar
Bercakap tentang peralatan kamera, selalunya lelaki yang lebih lengkap. Kamera? *Checked!* Lens? *Checked!* Tripod? *Checked!* Domeport? *Checked!* Red filter? *Checked!* Drone? *Checked!* Kemahiran mengambil gambar? *Checked and checked!* Lengkap dan sentiasa bersedia dalam apa jua situasi.
Lagilah pula zaman sosial media sekarang ni, masing-masing obses untuk mendapatkan *shot* yang cantik untuk dimuat naik ke laman sosial peribadi. Lebih cantik gambar, lebih banyak *likes*, lebih puas hati, lebih teruja, lebih berbaloi, dan lebih bersemangat untuk *travel* lagi dengan *bros*.
4. Bros tak malu untuk tidur di tempat awam
Dalam bas boleh tidur, dalam teksi boleh tidur, dalam keretapi pun boleh tidur. Asalkan dapat tempat duduk, *bros are ready to doze off*. Nak berdengkur pun tak ada masalah. Tak ada apa yang nak dimalukan.
Cuma, bila dah selalu tidur, bersedialah untuk menjadi bahan kepada rakan-rakan lain yang nakal mengambil gambar mulut anda sedang ternganga luas.
5. Bros cepat bersiap
Mandi 5 minit, pakai baju seluar 5 minit, siap-siap sikit dalam 5 minit, *settled!* *Bros* tak makan masa yang terlalu lama untuk bersiap. Mandi pun sekejap. Sabun? Tak payah pun tak apa. Nama pun *travel*, buat apa nak sibuk berwangi dan berdandan. Tak perlu semua tu. Betul tak?
Walau dalam situasi *last minute* pun, *bros* selalunya akan berjaya juga mengejar masa. *Good job bros!*
Image via KIX HD
6. Bros suka travel light
*Travel light* bermaksud 'satu beg dah cukup'. Beg ekstra untuk *shopping*? Tak payah. *Bros* hanya bawa barang yang betul-betul perlu sahaja sepanjang perjalanan, dan masih ada lebihan ruang dalam beg *just in case* kalau ada beli apa-apa barang untuk disumbat kemudian.
Bawa satu beg memang senang. Boleh bawa naik kapal terbang, bawa naik teksi pun senang, nak bawa ke mana-mana pun tiada masalah.
7. Bros tak plan dan lebih spontan
Yup. Lagi spontan lagi *best!* Bila dah sampai ke destinasi, baru *bros* akan *decide* nak buat apa kat situ. Sebab selalunya kalau *plan* awal-awal ni bukannya jadi pun. Buat letih je.
Pernah dengar, 'sometimes the best trips are last-minute getaways'? Inilah prinsip yang patut dipegang oleh setiap *bro* dalam dunia ni. Pastinya, *trip* bersama sekalian *bros* anda akan jadi lebih *exciting and happening!*
Image via KIX HD
Nak lebih inspirasi untuk travel bersama bros? Saksikan 'The Ultimate BROcation' di KIX HD pada setiap Rabu mulai 14 Disember 2016 ini jam 9 malam!
Lihat bagaimana rapper tempatan, SonaOne bersama tiga orang *bros* dari tiga negara berbeza bergabung dalam satu 'BROcation' impian ke Hong Kong.
*No Girlfriends, No Kids, No Sleep.*
Jangan lupa saksikan **'The Ultimate BROcation'** mulai **14 Disember 2016** setiap **Rabu** jam **9 malam** hanya di saluran **729, KIX HD** di Astro.
Image via KIX HD

