7 Pemain Warisan Harimau Malaya Kini Dibenar Beraksi Kembali, Hukuman Ditangguhkan CAS
Mereka masing-masing dikenakan tindakan penggantungan selama 12 bulan bermula September tahun lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menangguhkan hukuman tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang terlibat dalam isu pemalsuan dokumen
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam, CAS telah membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh tujuh pemain terbabit.
Tujuh pemain pasukan kebangsaan tersebut ialah Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel.
"Keputusan ini bermakna hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak yang dikenakan oleh FIFA terhadap tujuh pemain Harimau Malaya tersebut ditangguhkan buat sementara waktu.
"Mereka dibenarkan untuk meneruskan karier serta menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS dibuat," menurut kenyataan itu.

Jawatankuasa Rayuan FIFA sebelum ini menolak rayuan FAM dan meneruskan hukuman
Jawatankuasa Rayuan memutuskan untuk menolak rayuan tersebut, dan mengesahkan 'hukuman' berikut yang dikenakan ke atas FAM dan tujuh pemain tersebut:
- FAM diarah membayar denda sebanyak CHF 350,000 (RM1.8 juta) kepada FIFA.
- Tujuh pemain terlibat masing-masing diarah membayar denda sebanyak CHF 2,000 (RM10,000) kepada FIFA.
- Pemain-pemain yang disebutkan di atas dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 