7 Jalan Sekitar Batu Caves Ditutup Sempena Thaipusam Dari 30 Januari Hingga 3 Februari Ini

Take note semua!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa jalan di sekitar Batu Caves di Gombak, Selangor akan ditutup sempena sambutan Thaipusam dari 30 Januari hingga 3 Februari ini

Menerusi sebuah kenyataan hari ini, 29 Januari, polis Selangor berkata jalan-jalan ini akan ditutup secara berperingkat, bergantung kepada keadaan lalu lintas.

Penutupan jalan akan bermula dari jam 1 pagi pada hari Jumaat, 30 Januari, hingga penghujung hari Selasa, 3 Februari, bagi memastikan sambutan berjalan lancar dan selamat, yang jatuh pada hari Ahad, 1 Februari.

Jutaan penganut Hindu dan pengunjung dijangka akan berpusu-pusu ke kuil Batu Caves pada hujung minggu ini.

SAYS.com
Image via EPA/New Straits Times

Berikut adalah jalan yang terlibat:

– Lampu isyarat Kampung Melayu Batu Caves

– Susur dari arah MRR2 ke kuil Batu Caves

– Jalan Perusahaan ke kuil Batu Caves

– Susur MRR2 dari Sri Gombak ke Jalan Perusahaan

– Simpang 3 Jalan Seri Batu Caves 8 / Jalan Batu Caves Lama

– Simpang tiga lampu isyarat Seri Batu Caves (hadapan Shell)

– Jalan susur Batu Caves Bypass menghala ke pintu utama kuil Batu Caves

Polis juga menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengelak melalui jalan utama seperti DUKE, NKVE, Jalan Kuching, Jalan Gombak dan Jalan Sungai Tua bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dari kawasan Rawang dan Selayang.

SAYS.com
Image via Aswadi Alias/New Straits Times

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata sejumlah 1,520 pegawai akan dikerahkan untuk membantu menguruskan trafik dan memastikan keselamatan awam

Beliau juga mengingatkan orang ramai bahawa kawasan kuil Batu Caves adalah zon larangan dron, memberi amaran bahawa sesiapa yang berhasrat untuk mengendalikan dron mesti terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), atau akan menghadapi tindakan undang-undang.

Shazeli juga menasihati pengunjung Batu Caves untuk merancang perjalanan mereka terlebih dahulu, hanya meletak kereta di kawasan yang ditetapkan dan memastikan kenderaan mereka dikunci untuk sambutan Thaipusam yang selamat dan menyeronokkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: