7 Idea Hadiah Sempena Hari Ibu Untuk Anda Raikan Yang Tersayang 11 Mei Ini

Macam-macam promosi menarik yang ada!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

1. Manjakan diri bersama di COCOdry

Jom belanja ibu anda dengan sesi memanjakan diri yang terbaik di COCOdry. Anda boleh membuat rawatan rambut mengikut kesesuaian kulit kepala, sambil menikmati urutan yang menenangkan bersama-sama permaisuri hati anda!

Tarikh
7 Mei 2025

Harga
RM288 untuk 2 orang

Swipe dan imbas QR untuk menempah slot anda sekarang!

2. Ajak ibu anda hi-tea atau makan malam di hotel mewah

  • Imperial Lexis Kuala Lumpur menawarkan bufet makan tengah hari yang menyelerakan di Roselle Coffee House atau makan malam Jepun yang elegan di UMI dengan pemandangan berlatarbelakangkan langit dan aktiviti membuat sushi pada 11 Mei ini. Semak tawaran di sini.
  • InterContinental menawarkan koleksi santapan Moments With Mother yang menampilkan bufet mewah dan minum petang dengan pelbagai hidangan eksklusif. Tempah di sini.
  • Shangri-La menawarkan santapan menarik dan hadiah yang perfect untuk meraikan ibu anda! Lihat tawaran Hari Ibu mereka di sini.
  • The Majestic Hotel menjemput anda ke Contango's dengan pelbagai hidangan antarabangsa. Photo booth keluarga pun ada pada 10 & 11 Mei ini! Semak tawaran di sini.
  • Mandarin Oriental, Kuala Lumpur meraikan Hari Ibu dengan pengalaman menjamu selera dan pemberian hadiah yang mewah, termasuk minum petang, bufet makanan laut, menu dim sum dan kek yang sedap! Ibu anda juga akan menerima bunga percuma, cetakan gambar dan baucar spa di cawangan terpilih. Buat tempahan di sini!

Image via null

3. Coaster DIY & nikmati minuman matcha di Jamboo

Nak raikan ibu anda dengan kejutan yang lain sikit? Sertai Bengkel Coaster Jamboo untuk sesi 'bonding' bersama dengan membuat aktiviti seni yang menyeronokkan. Sambil-sambil itu, anda juga boleh menikmati minuman matcha dan 'lei cha' khas mereka.

Tarikh
10 Mei 2025

Harga
RM160 untuk 2 orang

Hantar mesej atau klik pautan dalam bio Instagram mereka untuk menempah slot.

4. Beri kejutan buat ibu anda dengan set hadiah eksklusif daripada HYGR

Set hadiah ekslusif koleksi HYGR didatangkan dengan barangan seperti minyak rambut, pelembap bibir, sunscreen dan deodoran eco-friendly.

Harga
RM100 ke RM170

5. Hadiahkan ibu anda kek cantik dari Fluffed atau It's Baked by Suli

Fluffed menawarkan kek Earl Grey, Wildflower Honey dan Passionfruit dalam dua saiz:

– 6″ (5 hingga 7 pax) – RM160
– 9″ (10 hingga 14 pax) – RM290

Dibuka untuk pre order dari 15 April hingga 30 Mei 2025. Buat pesanan melalui WhatsApp di sini.

It's Baked by Suli pula menawarkan tiga perisa kek 4 inci dengan harga RM70 setiap satu:

– Kek Ceri Vanila dengan Jem Ceri & Buttercream Berry
– Strawberry Shortcake
– Kek Lemon dengan Jem Blueberry & Berry Cream Frosting

Stok tersedia dari 9 Mei hingga 11 Mei 2025.

Hantar mesej kepada mereka di Instagram atau WhatsApp untuk pesan kek pilihan anda.

6. Ajak ibu anda piknik di taman yang cantik

Kadang-kadang, hadiah terbaik adalah hanya luangkan masa bersama. Berikan kejutan buat ibu anda dengan berkelah di tempat-tempat indah seperti Taman Botani Perdana atau Taman Saujana Hijau. Bawa snek kegemarannya, tikar yang selesa, dan mungkin pembesar suara Bluetooth untuk suasana yang baik.

7. Last but not least, ajak ibu anda hiking!

Image via Tripadvisor

Kalau ibu anda merupakan seorang yang sempoi dan sporting, apa kata anda ajak mereka hiking di Bukit Gasing atau FRIM. Seronok juga sekali-sekala enjoy alam semula jadi kan? Tak semestinya kena keluar duit banyak untuk buat ibu anda happy!

Selamat Hari Ibu buat semua mama, mak, mommy, ibu, umi, bonda di luar sana! Semoga terus sihat, dipanjangkan umur dan terima kasih atas segala pengorbanan anda selama ini <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: