65% Pemegang Ijazah Terima Gaji ‘Cukup-Cukup Makan’, Peroleh Gaji Bulanan Di Bawah RM3,000

Kajian dijalankan oleh Malaysia Labour Market Insight Series bertajuk The 'Gaji Cukup Makan' Economy: When Higher Education Becomes an Economic Risk.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lebih 65 peratus pemegang ijazah di negara ini memperoleh gaji bulanan di bawah RM3,000

Ia sekali gus disifatkan sebagai memperoleh pendapatan 'cukup-cukup makan' tanpa ruang untuk menyimpan, melabur, atau meningkatkan mobiliti sosial mereka.

Menerusi Berita Harian, lebih 70 peratus siswazah di negara ini didapati terpaksa bekerja dalam sektor separa mahir dan tidak mahir.

Difahamkan, dapatan itu diperoleh melalui kajian yang dijalankan oleh Malaysia Labour Market Insight Series bertajuk The 'Gaji Cukup Makan' Economy: When Higher Education Becomes an Economic Risk.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Dedah realiti kehidupan dan pekerjaaan

Menurut pengarang laporan, Dr Mohd Yusof Saari, beliau memberitahu laporan itu mendedahkan bahawa model pekerjaan siswazah Malaysia kini berdepan krisis struktur yang mendalam di mana pendidikan tinggi tidak lagi menjamin pulangan upah yang bermakna.

Ini juga sekali gus telah membongkar realiti bahawa meskipun kadar kebolehpasaran siswazah sering dilaporkan melebihi 80 peratus.

Laporan ini menegaskan bahawa angka terbabit boleh mengelirukan kerana ia merangkumi semua bentuk pekerjaan, tanpa mengambil kira padanan kemahiran atau tahap upah.

"Hakikatnya lebih 65 peratus pemegang ijazah di negara ini memperoleh gaji bulanan di bawah RM3,000," katanya.

Dalam masa yang sama, Mohd Yusof memberitahu ketidakpadanan yang meluas antara kelayakan akademik dan pekerjaan, mencerminkan kemerosotan serius dalam pulangan pelaburan pendidikan tinggi.

Image via Astro Awani

Walaupun isu ketidakpadanan siswazah turut berlaku di negara maju, keadaan di Malaysia menjadi lebih teruk disebabkan paras gaji yang rendah.

"Ia sekali gus tidak memberi ruang perlindungan kepada mereka yang terbabit dalam pekerjaan di bawah kelayakan.

"Ini menyebabkan ketidakpadanan di Malaysia memberi kesan ekonomi yang lebih mendalam, mengehadkan mobiliti sosial dan mengurangkan minat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.

Dalam konteks ini, keputusan untuk melanjutkan pelajaran semakin berisiko dari sudut ekonomi, khususnya bagi belia yang perlu menanggung kos pendidikan yang semakin tinggi, sedangkan pulangan gaji yang diterima tidak setimpal.

Tambah beliau, jurang yang semakin melebar antara kelayakan, kualiti pekerjaan dan ganjaran ini mencabar kepercayaan tradisional bahawa pendidikan adalah laluan kepada mobiliti sosial.

"Laporan ini mengenal pasti punca utama kepada krisis ini, antaranya pertumbuhan gaji yang perlahan, kelemahan dalam penyediaan pra-pekerjaan, dan permintaan kemahiran yang lemah dari sektor swasta.

"Faktor terbabit mewujudkan trajektori gaji yang mendatar dan tertangguh, di mana siswazah gagal membezakan diri mereka dari segi pendapatan berbanding bukan siswazah terutama pada fasa awal kerjaya," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Untuk makluman anda, The 'Gaji Cukup Makan' Economy: When Higher Education Becomes an Economic Risk adalah laporan utama yang dibangunkan oleh Pusat Kajian Masa Depan Pasaran Buruh (EU-ERA) di bawah Future Studies Berhad (THE FUTURE).

Di samping itu, THE FUTURE berdedikasi untuk menerajui perubahan transformasi ekonomi dan pasaran buruh Malaysia melalui penyelidikan berasaskan bukti, dengan matlamat untuk memaklumkan pembuat dasar, pihak industri dan orang awam mengenai implikasi daripada transformasi yang sedang berlaku.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: