6 Kes Pembuangan Bayi Yang Paling Kejam Di Malaysia. Apa Jalan Penyelesaian?
Kes pembuangan bayi semakin meningkat di Malaysia. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia perlu tahu tentang kewujudan baby hatch yang telah disediakan di negara ini bagi menangani jenayah tersebut.
Cover image via imgur.comPada 15 Mei lalu, Malaysia digemparkan dengan berita mengenai seorang bayi yang dipotong 15 di Johor Bahru dan kemudian dibuang melalui lubang tandas
Cebisan bayi tersebut kemudian dijumpai di sebuah loji kumbahan.
Image via Blogspot.com
Pembuangan bayi merupakan tindakan yang sangat kejam!
Jadi, sejauh mana kes pembuangan bayi ini telah berleluasa di negara kita?
Mengikut statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 26 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara pada suku pertama tahun 2014
Image via Blogspot.com
Siapakah golongan tertinggi yang terlibat dengan gejala ini?
Mengikut statistik kes pembuangan bayi, 40 kes daripada 93 yang diketahui melibatkan remaja berumur 18 sehingga 25 tahun
Image via Blogspot.com
Apakah faktor-faktor utama berlakunya kes pembuangan bayi?
Kebanyakan kes pembuangan bayi berlaku disebabkan oleh faktor-faktor utama seperti berikut:
1. **Kekurangan didikan agama**: ia menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan lalu, terlibat dalam [gejala negatif](http://www.scribd.com/doc/29228392/PUNCA-pembuangan-bayi#scribd) seperti pergaulan bebas.
2. **Pengaruh rakan sebaya**: rakan-rakan yang negatif mempengaruhi remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama seperti disko, menghisap dadahdan melakukan pergaulan bebas.
3. **Sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum**: oleh kerana masyarakat seringkali akan menghina akan mereka yang telah terlanjur dan mempunyai anak luar nikah, remaja tersebut akan mengambil jalan mudah dengan membuangkan bayinya.
Image via WordPress,com
Selain daripada kes bayi dipotong 15, terdapat beberapa lagi kes pembuangan bayi yang sangat kejam berlaku sebelum ini. Antaranya:
1. Bayi yang masih bertali pusat dicampak dari kenderaan bergerak di Sibu, Sarawak pada 2010
2. Bayi baru lahir dicampak ke dalam longkang oleh seorang remaja dari tingkat dua sebuah rumah pangsa di Selayang, Selangor pada 2011
Seorang anggota polis menjalankan siasatan di tempat bayi baru lahir dicampakkan ibunya ke dalam longkang di Flat Taman Segar, Selayang.
Image via utusan.com.my
3. Bayi ditemui dalam mangkuk tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, Pahang pada 2012
4. Bayi perempuan mati lemas dalam tangki simpanan air di stesen minyak BHP Seremban, Negeri Sembilan pada Mei 2015
Image via Mattopi.com
5. Bayi kembar ditinggalkan dalam almari kosong di sebuah pangsapuri di Georgetown, Pulau Pinang juga pada Mei 2015
Image via KedahNews.com
Bagaimana kes sebegini boleh dikurangkan? Sekiranya ada yang terlibat dengan kes tidak dapat menjaga bayi yang dilahirkan, hantar ke baby hatch. Ini senarai baby hatch yang boleh anda jadikan pilihan:
1. Yayasan OrphanCARE
Image via The Star
[OrphanCare](http://www.orphancare.org.my/) adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2008, di bawah naungan DYMM Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom.
Alamat:
**Selangor**: No.6, Lorong SS 1/24 A, Kampung Tunku, 47300 Petaling Jaya.
**Johor**: No 64, Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru.
2. Hospital Pakar KPJ Damansara
[**Alamat**](http://www.kpjdamansara.com/): No 119, Jalan SS20/10, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
Image via hts.my
3. Hospital Pakar KPJ Johor
Image via Malaysian Review
[**Alamat**](http://www.kpjjohor.com/): 38-B, Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru, Johor.
Dan juga di hospital-hospital pakar lain yang tersenarai ini:
Image via Raikan Kasih


