53 Pelajar MRSM FELDA Cipta Sejarah Ke Festival Orkestra Antarabangsa Di Prague 20 Jun Ini

Festival berprestij itu bakal menghimpunkan penyertaan dari 11 buah negara yang lain.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seramai 53 pelajar Maktab Rendah Sains MARA FELDA (MARESMAF), termasuk 39 pelajar daripada Generasi Baharu FELDA, bakal mengharumkan nama negara apabila mewakili Malaysia dalam International Festival of Wind Orchestra yang akan berlangsung di Prague, Republik Czech pada 20 dan 21 Jun ini

Difahamkan, lebih dua pertiga anggota orkestra ini adalah cucu kepada peneroka FELDA, dan kebanyakan mereka hanya mula mengenal muzik ketika menjejakkan kaki ke sekolah menengah. 

Namun hasil bimbingan intensif dan semangat yang tidak pernah luntur, mereka kini bersedia untuk beraksi setanding rakan-rakan mereka dari 11 negara lain iaitu Republik Czech, Croatia, Iceland, Itali, Latvia, Hungary, Jerman, Poland, Austria dan Switzerland.

Apa yang menjadikan MAWO begitu istimewa bukan sekadar jumlah peserta yang ramai, tetapi kisah di sebalik pembentukan mereka. Ramai di antara mereka berasal dari kawasan luar bandar – dari Kedah, Kelantan, Johor dan Pahang – yang dahulunya tidak pernah mengenal konsep orkestra tiupan angin, apatah lagi menyentuh alat muzik seperti saxophone, trombone dan clarinet.

Namun hasil dedikasi para guru muzik serta sokongan padu FELDA, mereka telah membentuk sebuah kumpulan yang kini diiktiraf mampu bersaing di pentas antarabangsa.

Latihan berbulan-bulan yang dijalankan secara intensif bukan sahaja memupuk kemahiran teknikal bermain muzik, tetapi turut membentuk disiplin, semangat kerja berpasukan dan jati diri sebagai anak bangsa yang membawa nama Malaysia.

Dalam konteks ini, MAWO bukan sekadar sebuah kumpulan muzik, tetapi manifestasi kepada cita-cita besar FELDA untuk melahirkan anak peneroka yang mampu bersaing dalam pelbagai bidang termasuk seni dan budaya.

Sebuah konsert khas "Desaku Mendunia" bakal diadakan pada 27 dan 28 Mei 2025 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di Facabook baru-baru ini, "Bagi meraikan kejayaan ini, FELDA dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Kementerian Komunikasi akan menganjurkan konsert khas bertajuk Desaku Mendunia pada 27 dan 28 Mei 2025 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri," kata Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurut Ahmad Shabery lagi, konsert utama yang dijadual berlangsung pada 27 Mei itu akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Zahid Hamidi, yang dijangka merasmikan pra pelancaran tiga karnival utama yang bakal berlangsung pada bulan Julai.

"Kehadiran beliau bukan sahaja sebagai tanda sokongan kepada pasukan pelajar kita, tetapi juga untuk merasmikan pra pelancaran kepada tiga karnival mega yang akan dilaksanakan kelak," katanya.

Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Image via FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

Tambah beliau, konsert berkenaan turut menjadi platform pelancaran awal kepada Mega Karnival Tiga Dimensi, yang merangkumi Hari Peneroka FELDA (HPF), Karnival Usahawan Desa (KUD) dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI.

Konsert istimewa itu bakal diserikan dengan barisan artis terkenal seperti Dato' Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah, Yabang Khalifah, serta bintang-bintang FELDA seperti Zam dan Along dari program Feel Da Starz, dan kumpulan Zeppo Youngster, pemenang beberapa pertandingan silat dan tarian di peringkat antarabangsa.

Tonton video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: