50 Kereta Chery Akan Diberikan Untuk Kegunaan Mangsa Terkesan Kebakaran Di Putra Heights
Inisiatif ini merupakan usaha sama antara Kerajaan Negeri dengan Chery Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Syarikat Automatif, Chery Malaysia akan menyediakan 50 buah kereta untuk kegunaan mangsa yang terkesan akibat kebakaran di Putra Heights
Menerusi laporan Bernama, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor Ng Sze Han berkata inisiatif ini akan diberikan untuk kegunaan sementara mangsa selama sebulan bagi urusan seperti bergerak ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah.
"Permohonan adalah atas (prinsip) 'siapa cepat dia dapat yang boleh dibuat di pejabat saya dan pejabat ADUN Kota Kemuning Preakas Sampunathan mulai sekarang.
"Oleh kerana hanya mempunyai 50 buah kereta sahaja maka kami akan membuat pemilihan untuk membekalkan ia kepada mereka yang memerlukan," katanya
Merupakan usaha sama antara Kerajaan Negeri dengan Chery Malaysia
Tambahnya, usaha yang bernilai RM500,000 itu diharap dapat memupuk pelbagai lagi pihak untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri membantu mangsa yang terkesan.
Dalam pada itu, Ng berkata punca kebakaran saluran paip gas tersebut masih lagi dalam siatatan pasukan penyiasat.
"Jabatan Forensik masih menjalankan siasatan dan buat masa ini, kita tidak boleh mengeluarkan kenyataan (berhubung perkara itu)," katanya.
Menurut ADUN Kinrara tersebut, Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan Chery Malaysia untuk memberi inisiatif berkenaan bagi membantu mangsa menghadapi kesukaran ketika ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 