5 Tahun Diganggu Wanita Obses Melampau, Cikgu Terpaksa ‘Spill Tea’ Nafi Pernah Berkahwin

Sampai tahap macam tu sekali, scary!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @zulhill_me (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular di laman sosial baru-baru ini mengenai seorang wanita meminta pertolongan orang ramai untuk mencari lelaki yang didakwa suaminya

Siapa sangka, rupa-rupanya wanita tersebut dikatakan telah mengganggu seorang tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan swasta dikenali sebagai Ahlan Academy lima tahun berturut-turut.

Menerusi sebuah video yang viral di laman X, lelaki yang menjadi mangsa obsesi wanita tersebut dilihat menghalaunya keluar dari perpustakaan selepas diganggu ketika sedang melakukan assignment.

Image via null

"Kejadian pada 14 Januari 2025. Si perempuan yg ada masalah mental ni mengganggu aku di Library UIAM Gombak. Video ni menunjukkan yg aku sedang halau dia drpd library sbb dia mengganggu aku yg sedang buat assignment di library.

"Video ni dirakam oleh salah seorang pelajar yang menyaksikan kejadian ini. dia tiba2 muncul di library tu utk 'berbincang' kononnya. Padahal dah beribu kali aku ckp yg aku langsung tak berminat dgn si gila ni dan beribu kali aku ckp yg aku tak akan approve dia follow ig aku.

"Semua kegilaan ni bermula apabila aku remove dia drpd jadi follower ig aku. Knp aku remove? Sbb aku rasa sgt2 tak selesa setiap kali aku buat story ig, dia akan jadi yg terawal view story ig aku.

"Since dia dah kena removed sejak April 2020, sampai skrg dia meroyan, harrass aku selama 5 tahun. Skrg dah genap 5 tahun. Masuk Mei 2025 nnt otw jadi 6 tahun aku di-harrass. dia punya obsess dgn aku," katanya.

Bukan itu saja, wanita berkenaan sampai sanggup buat banyak akaun palsu untuk menghubungi si mangsa dan claim dia adalah suaminya

Menurut kenyataan rasmi oleh Ahlan Academy, tiada sebarang hubungan peribadi seperti berkahwin atau bercinta antara Cikgu Zulhilmi dan wanita itu yang dikenali sebagai Abidatul selain pernah berada dalam beberapa kelas yang sama ketika zaman pengajian universiti mereka.

Namun, Abidatul didakwa mula menyebarkan dakwaan tidak berasas yang mengatakan mereka pernah berkahwin.

"Nah, korang sendiri tengoklah betapa banyaknya si gila ni buat fake account kat TikTok, IG, Twitter. Ni baru sebahagian tau.

"Dia ni patut dpt rawatan mental. Sbb dulu dia harrass mangsa pertama dia. Skrg ni aku boleh dikatakan mangsa kedua lah. Lps ni kalau dia hidup lagi, dia akan harrass jantan yg seterusnya," katanya lagi.

Lihat video di bawah:

@zulhill_me

kejadian pada 14 January 2025. si ppuan yg ada masalah mental ni mengganggu aku di Library UIAM Gombak. video ni menunjukkan yg aku sedang halau dia drpd library sbb dia mengganggu aku yg sedang buat assignment di library. video ni dirakam oleh salah seorang pelajar yang menyaksikan kejadian ini. dia tiba2 muncul di library tu utk 'berbincang' kononnya. padahal dah beribu kali aku ckp yg aku langsung tak berminat dgn si gila ni dan beribu kali aku ckp yg aku tak akan approve dia follow ig aku. semua kegilaan ni bermula apabila aku remove dia drpd jadi follower ig aku. knp aku remove? sbb aku rasa sgt2 tak selesa setiap kali aku buat story ig, dia akan jadi yg terawal view story ig aku. since dia dah kena removed sejak April 2020, sampai skrg dia meroyan, harrass aku selama 5 tahun. skrg dah genap 5 tahun. masuk May 2025 nnt otw jadi 6 tahun aku di-harrass. dia punya obsess dgn aku mengalahkan yang mcm aku prnh berzina dgn dia pastu aku buang dia mcm tu je. utk pengetahuan semua, dia ni lah terpaling introvert, time dulu2 kalau berselilisih dgn aku, mcm tak pernah kenal! bercakap pun sekali dua je mcm tu. aku tak pernah beri dia apa2 harapan ye utk bercinta dgn dia! tapi dia punya obsess tu ma sya allah! dia mmg ada masalah mental dari dulu lagi. korg boleh baca sejarah hidup dia yg dia harrass jantan lain sebelum aku kat link fb: Baihaqi Yusnan

original sound – zulhill_me – zulhill_me

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: