5 Selebriti Terkenal Ini ‘Haram’ Memiliki & Membeli Kereta Ferrari Untuk Kegunaan Peribadi
Sampai kena ban ya 😮
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Untuk memiliki sebuah kenderaan jenama Ferrari bukanlah sesuatu yang mudah
Jika anda melanggar polisi seperti mengubah suai cat atau membuatkan jenama itu kelihatan buruk di laman sosial, anda mungkin berhadapan dengan tindakan oleh syarikat terbabit.
Ferrari tidak mempunyai "senarai hitam" yang rasmi dipaparkan kepada umum tetapi ia bukanlah sebuah rahsia lagi dalam dunia jenama kereta ini.
Sehingga 2026, senarai selebriti yang sudah tidak 'diterima' oleh pengedar Ferrari kini terus berkembang.
Berikut merupakan lima nama terbesar yang didakwa tidak lagi boleh mendapatkan kenderaan Ferrari edisi terhad.
1. Justin Bieber
Pada tahun 2011, Justin Bieber telah membeli sebuah Ferrari 458 Italia berwarna putih, yang kemudiannya telah diubah suai olehnya.
Dia mengubah suai kereta terbabit di West Coast Customs, di mana kereta berkenaan dilengkapkan dengan wide-body kit dan diuabh warnanya kepada loud electric blue. Warna logo ikonik Ferrari pada stereng turut telah diubah.
Semua bentuh pengubahsuaian ini adalah perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pemilik sebuah kenderaan Ferrari.
Bieber juga pernah kehilangan kereta itu selama tiga minggu selepas berparti di Los Angeles, sebelum akhirnya ia dilelong tanpa kebenaran Ferrari.


2. 50 Cent
Apabila bateri Ferrari 488 GTB milik penyanyi rap 50 Cent kehabisan bateri, dia bertindak menghubungi trak tunda untuk membawa kereta terbabit.
Dia kemudiannya menyiarkan gambar situasi berkenaan kepada berjuta-juta pengikutnya, menyebut "f***ing lemon" dan bergurau mahu menukarnya dengan Toyota.
Tindakan secara terbuka mengkritik kenderaan tersebut daripadanya itu mungkin telah meletakkannya di dalam "senarai hitam" oleh Ferrari.

3. Deadmau5
DJ dari Kanada, Deadmau5, telah mengubah suai Ferrari 458 Spider miliknya dengan tema "Nyan Cat".
Dia juga telah mengubah suai logo Ferrari menukarnya kepada "Purrari" dan menggantikan haiwan ikonik kuda kepada kucing..
Perkara ini mengakibatkan dia menerima surat daripada pasukan guaman Ferrari, yang memaklumkan bahawa logo yang diubah suai itu merupakan pelanggaran polisi.
Deadmau5 akhirnya menanggalkan kembali corak yang diletaknya. Isu ini boleh dikatakan sebagai larangan paling terkenal dalam sejarah automotif.

4. Floyd Mayweather
Laporan mengatakan Ferrari menjangkakan pemilik akan menyimpan kereta mereka sekurang-kurangnya setahun.
Sementara itu, Mayweather didakwa telah menjual keretanya hanya beberapa bulan selepas membelinya.
Perkara ini telah membawa kepada khabar angin dia kini tidak dapat membeli kenderaan Ferrari baharu daripada pengedar rasmi, walaupun memiliki kemampuan membeli lebih daripada satu kereta.


5. Kim Kardashian
Menurut laporan, Kim Kardashian berada dalam senarai dihalang disebabkan cara bagaimana dia memperoleh kenderaan Ferrari pertamanya.
Pada tahun 2011, dia dilaporkan menerima sebuah Ferrari 458 Italia putih sebagai hadiah perkahwinan daripada seorang ahli perniagaan Malaysia yang tidak diketahui identiti, yang akhirnya terdedah individu itu ialah Jho Low.
Oleh kerana kereta itu dikaitkan dengan skandal kewangan 1MDB, ia telah membawa banyak publisiti negatif kepada jenama berkenaan.
Walaupun selebriti itu masih boleh membeli Ferrari "biasa", dia dilaporkan tidak akan menerima jemputan eksklusif untuk model Ferrari edisi khas bernilai jutaan dolar seperti LaFerrari atau Daytona SP3 baharu.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 