5 Remaja Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Guna Perkataan Mencela Arwah Zara Qairina
Sebutan semula kes ditetapkan pada 25 September dan 16 Oktober depan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak di Kota Kinabalu hari ini mengaku tak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir
Menerusi laporan Berita Harian, kesemua remaja yang berumur bawah 18 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus, pada prosiding tertutup.
Mengikut pertuduhan, mereka dituduh dalam mencapai niat bersama, menggunakan perkataan mencela terhadap arwah Zara Qairina yang mana perkataan itu didengari mungkin menyebabkannya mangsa berasa terganggu dengan perkataan berkenaan, antara jam 10 hingga 11 malam 15 Julai lalu di sebuah sekolah di Papar.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan deposit RM1,000 oleh seorang penjamin warga tempatan
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad memaklumkan setiap tertuduh terbabit dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan deposit RM1,000 dengan seorang penjamin warga tempatan.
Menurutnya, hanya perkara itu boleh didedahkan manakala hal lain yang berkaitan dengan prosiding tidak boleh didedahkan berikutan perintah larangan yang dikeluarkan mahkamah.
Pihak pendakwaan turut dibarisi Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim, dan Deepa Nair Thevaharan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 25 September dan 16 Oktober depan manakala pendengaran kes bermula 8 hingga 12 Disember serta 15 hingga 19 Disember.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 