5 Negeri Di Malaysia Ini Tidak Ambil Cuti Umum Tahun Baharu Pada 1 Januari 2026

Penduduk di lima buah negeri ini perlu kekal bekerja seperti biasa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai rakyat Malaysia dilihat sedang bersiap sedia untuk tahun baharu yang akan datang dan ada juga sibuk merancang percutian bersama keluarga

Tetapi, tahukah anda bahawa hari Khamis, 1 Januari 2026, bukanlah cuti umum kebangsaan untuk seluruh negeri.

Walaupun kebanyakan negeri di Malaysia akan menikmati cuti sehari, pejabat dan jabatan kerajaan di beberapa buah negeri tetap akan beroperasi seperti biasa.

Bagi penduduk Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu, Hari Tahun Baharu tidak diisytiharkan sebagai cuti umum

SAYS.com

Masjid Imanul Fa'izin atau dikenali sebagai Masjid Andalusia di Kota Bharu, Kelantan.

Image via Sinar Harian

Negeri-negeri ini mempunyai keutamaan budaya dan wilayah yang unik bagi membentuk jadual cuti umum mereka sendiri.

Bagi negeri seperti Kelantan dan Terengganu pula menggunakan Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu sering mengutamakan cuti yang berkaitan dengan tradisi Islam dan adat resam dan budaya tempatan berbanding dengan acara global seperti Hari Tahun Baharu.

Walaupun tidak diisytiharkan sebagai cuti umum, sambutan Malam Tahun Baharu masih diadakan di negeri-negeri ini

Bandar-bandar besar seperti Johor Bahru, Alor Setar dan Kuala Terenggau masih mengadakan acara countdown, pertunjukan bunga api serta festival Malam Tahun Baharu bagi membolehkan orang ramai sama-sama menyertai suasana perayaan, walaupun mereka perlu bekerja pada keesokan harinya.

Jika anda bekerja di syarikat swasta di lima negeri ini, adalah lebih baik untuk mengesahkan dengan pihak majikan masing-masing sama ada syarikat anda akan cuti pada Hari Tahun Baharu atau tidak.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Terengganu Drawbridge

Sama ada anda menikmati cuti umum atau perlu bekerja, semoga Tahun Baharu 2026 nanti bakal menjadi permulaan yang indah buat semua!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: