[GALERI] 8 ‘Cool Getaway’ Menarik Untuk Anda Yang Masih Dalam Mood Cuti
Serius memang cool!
Cover image via Instagram @thesticksguideAnda masih dalam mood cuti? Jangan risau sebab kami ada banyak tempat yang anda boleh explore dalam Malaysia ni.
*So*, ini antara tempat-tempat *rare* yang telah kami sediakan untuk anda tengok. Apa tunggu lagi? Pergilah *survey* nanti bolehlah bawa teman atau keluarga bercuti di sini. Menariknya, harga untuk menginap di tempat-tempat adalah berpatutan dan *environment* di sini pula mampu membuat anda lupa segala masalah dan hilangkan stres.
1. Hotel Lantern, Jalan Petaling
Hotel bajet ini tersorok di tengah Jalan Petaling, Kuala Lumpur. Hotel ini merupakan apartmen yang terletak di atas bank Hong Leong. Bestnya menginap disini sebab anda boleh *explore* bahagian Kuala Lumpur yang anda tak pernah tahu dan *enjoy* suasana tengah malam di Jalan Petaling. Anda juga boleh hilangkan rasa haus dengan minuman 'Mou Tak Ding Lo Han Ko' yang dijual di bahagian luar hotel ini.
**Lokasi**: 38, Jalan Petaling, 50000 Kuala Lumpur.
Sila layari [Facebook](https://www.facebook.com/Lantern-Hotel-1398880363744964/) Hotel Lantern untuk maklumat lanjut.
Image via Miera Nadhirah
Image via Miera Nadhirah
Image via Lantern Hotel
Image via Lantern Hotel
2. The Sticks, Kuala Kubu Bharu
Kalau anda dah bosan dengan hotel di tengah bandar ataupun di tepi pantai, apa kata anda cuba pula bermalam di dalam hutan. Eko resort ini terletak jauh di dalam hutan hujan di Kuala Kubu Bharu di daerah Hulu Selangor. Lebih kurang dalam satu jam memandu dari Kuala Lumpur, lokasi ini agak tersembunyi dari jalan utama di mana anda harus melalui satu jambatan gantung untuk sampai ke eko resort ini. Bayangkan betapa *adventure*-nya *roadtrip* anda!
**Lokasi**: Lot 213 Jalan KKB – Fraser's Hill, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor
Sila layari [laman web](http://thesticks.my/v2/) dan [Instagram](https://www.instagram.com/thesticksguide/?hl=en) The Sticks untuk maklumat lanjut.
Image via Pow Ideas
Image via Pow Ideas
Image via The Sticks
Image via The Sticks
3. Tubestay, Bukit Jugra
Tubestay ini terletak di Jugra, Banting yang merupakan lokasi menarik untuk penggemar aktiviti outdoor dan lasak. Jika anda lihat betul-betul, rekaan rumah "tube" ini juga dibina seakan-akan rumah siri popular kanak-kanak Teletubbies. Comel betul! Selain tempat penginapan, mereka juga menyediakan aktiviti lasak seperti *paragliding*, basikal *trike*, dan aktiviti memanjat (*hiking*) ke puncak Bukit Jugra.
**Lokasi**: TubeStay @ Bukit Jugra, Jalan Bukit Jugra, Jugra Lama, 42700 Banting, Selangor
Sila layari [Facebook](https://www.facebook.com/tubestay/) dan [Instagram](https://www.instagram.com/tubestaymalaysia/) TubeStay untuk maklumat lanjut.
Image via KL Now
Image via KL Now
Image via TubeStay
Image via TubeStay
4. Sarang by The Brook, Kuala Kubu Bharu
Sarang by the Brook adalah penginapan kontena unik yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Anda pernah dengar tentang The Kabin di Langkawi atau Kuala Selangor? Konsep *getaway* ini juga agak sama dengan The Kabin tetapi kawasannya agak besar berbanding yang lain. Kuala Kubu Bharu merupakan *hot spot* untuk remaja dan keluarga bercuti kerana terdapat banyak tempat menarik di sekitarnya seperti Air Terjun Lata Medang dan juga Bukit Kutu.
**Lokasi**: Jalan Seruling 20, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor
Sila layari [laman web](http://www.sarangkkb.com/index.php) , [Facebook](https://www.facebook.com/Sarang-by-the-brook-1309300062428544/?fref=ts) dan [Instagram](https://www.instagram.com/sarang_by_the_brook/) Sarang by The Brook untuk maklumat lanjut.
Image via Sarang
Image via Sarang
Image via Sarang
Image via Sarang
5. The Plantation, Bentong
Terletak di Bentong Pahang, The Plantation mempunyai kolam renang luaran sepanjang tahun dikelilingi oleh pemandangan hutan hujan, dan juga kemudahan barbeku. Tidak jauh dari Genting Highlands, lokasi *getaway* yang ideal ini amat sesuai untuk pengunjung yang mahukan *'alone time'* untuk mendapat ketenangan. Eko resort ini berkonsepkan "glamping" di mana mereka menutup tenaga solar di tengah malam bagi memberi tetamu menikmati ketenangan alam semula jadi di sini.
**Lokasi**: Lot 2767, Karak Town, Bentong, Pahang
Sila layari [laman web](http://theplantationproject.com/) dan [Facebook](https://www.facebook.com/theplantationproject/) The Plantation untuk maklumat lanjut.
Image via Kenix
Image via Kenix
Image via Kenix
Image via Kenix
6. Canopy Tribes, Kota Tinggi
Image via Canopy Tribes
Image via Canopy Tribes
Image via Canopy Tribes
Image via Travel Pod
Jika anda minat *glamping*, anda pasti akan tertarik dengan lokasi menarik ini di mana anda dapat bermalam di dalam kanopi yang sungguh comel. Terletak di Kota Tinggi Johor, Canopy Tribes merupakan salah satu lokasi *glamping* yang paling *famous* di Malaysia. Selain daripada bermalam, mereka juga menyediakan beberapa aktiviti lasak seperti ATV *adventure ride*, berkayak, memancing dan juga *night jungle trekking*.
**Lokasi**: 7815, Jln Lombong, Batu 8 Kota Tinggi, 81900, Johor
Sila layari [laman web](http://www.canopytribes.com/) dan [Facebook](https://www.facebook.com/canopytribes/?fref=ts) Canopy Tribes untuk maklumat lanjut.
7. Terra Tree House, Brinchang
Image via Terra Tree House
Image via Terra Tree House
Image via Terra Tree House
Image via Terra Tree House
Teringin bermalam di rumah pokok seperti yang anda nampak dalam televisyen? Datanglah ke Terra Tree House yang terletak di Tanah Tinggi Cameron. Lokasi penginapan ini sungguh unik oleh kerana reka bentuk *chalet* mereka yang diperbuat oleh buluh dan daun nipah sahaja. Menariknya tentang *chalet* ini adalah ianya dibina oleh penduduk orang Asli di sekitar kawasan itu. *So* kalau anda teringin untuk *experience* cara hidup penduduk orang Asli, boleh lah datang ke sini!
**Lokasi**: 8, Jalan Corina 1, Taman Desa Corina, Cameron Highlands, Kg Raja, 39010, Pahang
Sila layari [laman web](http://terratreehouse.com/) Terra Tree House untuk maklumat lanjut.
8. Ma Ni Thai Cuisine & Villa, Tanjung Malim
Image via Ma Ni Thai
Image via Ma Ni Thai
Image via Ma Ni Thai
Image via Ma Ni Thai
Bila tengok pada gambar, nampak seperti di Thailand kan? Tapi sebenarnya villa yang berkonsepkan Bali *style* ini hanyalah terletak di Tanjung Malim sahaja. Biar betul? Memang betul, kami tak tipu. Pada mulanya, villa ini merupakan sebuah restoran Thai tetapi telah diubahsuaikan sebagai restoran dan juga villa. Lokasi ini sesuai untuk pasangan yang baru sahaja berkahwin oleh sebab suasananya yang romantik dan tenang. Lihat sajalah pada gambar, dah cukup untuk buat anda semua rasa *relax* kan?
**Lokasi** : No. 26, Bt 3/4 Jalan Changkat Asa, Hulu Bernam, 35900 Selangor
Sila layari [Facebook](https://www.facebook.com/mani.thai.cuisine/) Ma Ni Thai Cuisine & Villa untuk maklumat lanjut.

