5 Alat Atau Rawatan Perubatan Yang Boleh Membatalkan Puasa Anda, Take Note!
Mungkin ada yang masih ragu-ragu kan, tengok penjelasan di bawah okay!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sedar tak sedar, kita sudah memasuki fasa ke-2 dalam bulan Ramadan
Macam mana dengan sambutan Ramadan anda? Mesti seronok bukan? Dalam kita seronok menikmati bulan Ramadan bersama keluarga dan rakan-rakan, jangan lupa pula untuk sentiasa pastikan puasa kita berada dalam keadaan sah.
Iyalah, kadang-kadang mungkin ada yang terlupa atau tidak perasan ada aktiviti dan perbuatan yang kita lakukan di siang hari boleh membatalkan puasa kita.
Kali ini, kami akan kongsikan lima jenis alat atau rawatan perubatan yang boleh menyebabkan puasa anda terbatal.
Jom kita lihat apa alat-alat tersebut di bawah:
Ini adalah lima alat yang boleh membatalkan puasa menurut Jabatan Mufti Negeri Perak:
1. Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau untuk penyakit paru-paru kronik.
2. Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj termasuk prosedur cucian, pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita.
3. Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (urethroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita. Contohnya, memasukkan urinary catheter untuk rawatan sumbatan salur kencing.
4. Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman.
5. Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.
Semoga perkongsian ini membantu menjawab persoalan anda semua, selamat berpuasa!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 