4,409 Kemalangan Di Tempat Kerja Dilaporkan Terjadi Dalam Masa 5 Bulan Pertama Tahun Ini – JKKP

Selangor catat negeri tertinggi merekodkan kes kemalangan di tempat kerja dengan 975 kes.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) merekodkan 4,409 kes kemalangan di tempat kerja seluruh negara sepanjang tempoh lima bulan pertama tahun ini

Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Pengarah JKKP, Mohd Hatta Zakaria berkata sektor perkilangan mencatat kes tertinggi dengan 2,320 kes, diikuti sektor pertanian, perhutanan dan perikanan (510 kes), kewangan, insurans dan hartanah (481 kes), pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi (280 kes), hotel dan restoran (219 kes), kemudahan elektrik (181 kes), perkhidmatan awam (177 kes), pembinaan (64 kes) serta perlombongan (23 kes).

"Sebanyak 94 kes membabitkan kemalangan maut daripada keseluruhan kes yang direkodkan," katanya

Menurut Mohd Hatta, Selangor adalah negeri tertinggi merekodkan kes kemalangan di tempat kerja dengan 975 kes, diikuti Johor (810 kes), Perak (422 kes), Pulau Pinang (377 kes), Pahang (255 kes), Negeri Sembilan (247 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (247 kes), Sarawak (242 kes), Sabah (206 kes), Kedah (205 kes), Melaka (204 kes), Kelantan (112 kes), Terengganu (88 kes), Labuan (13 kes) serta Perlis (enam kes).

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Signboard Melaka

Pupuk sifat waspada di tempat kerja dengan penganjuran Minggu OSH 2025

Mohd Hatta berkata lebih 200 individu menyertai Minggu OSH 2025 yang dianjurkan membawa matlamat memupuk budaya kerja selamat serta meningkatkan kesedaran keselamatan di tempat kerja.

Menurutnya, program bertemakan Merevolusikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan: Peranan Kecerdasan Buatan (AI) dan Pendigitalan di Tempat Kerja itu dianjurkan dengan kerjasama Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

"Tema Minggu OSH 2025 ini selaras dengan landskap dunia pekerjaan moden yang semakin dipacu teknologi seperti automasi, peralatan pintar, pemantauan masa nyata, serta penggunaan data analitik dan sistem algoritma," katanya.

Tambahnya, sebanyak 350,000 penyertaan disasarkan melalui pelaksanaan Ikrar Integriti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang bermatlamat menyemarakkan budaya kerja selamat dan sihat serta meningkatkan kesedaran dan komitmen berterusan terhadap pematuhan aspek OSH di semua peringkat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: