[VIDEO] Tiga Kereta Sangkut & Satu “Ditelan” Longkang Besar Di Desa Pandan Dalam 2 Hari
Kenapa bahaya sangat ni?
Cover image via Iffah Binti Ibrahim/FacebookBaru-baru ini, penduduk Desa Pandan telah menyaksikan tragedi empat kereta yang menjadi mangsa kepada sebuah longkang besar di situ
TIdak pasti apa puncanya, namun laluan itu tampak seperti tidak selamat untuk digunakan pengguna jalan raya.
Laluannya yang terlalu sempit, ditambah pula dengan jumlah kenderaan yang bertali arus menjadikan kawasan itu begitu bahaya untuk dilalui. Malah, kewujudan longkang besar di situ menambah lagi kecenderungan kepada kemalangan.
Perkara ini dikongsi oleh Iffah Binti Ibrahim di Facebook pada Rabu, 13 Disember 2017
Berdasarkan post tersebut, Iffah berkata dia berasa takut untuk lalu di situ lagi selepas ini apabila semua kejadian itu berlaku di depan matanya sendiri.
Menurutnya lagi, kejadian empat kereta itu terjadi dalam masa 2 hari sahaja. Dan lebih buruk, sebuah kereta turut terhumban ke dalam longkang besar berkenaan.
Image via Iffah Binti Ibrahim/Facebook
Setekat ini, perkongsian Iffah telah mendapat hampir 7,000 shares.
Iffah juga sempat merakam video kesemua 4 kejadian. Saksikan semuanya di bawah:
Nampaknya, perkara ini bukanlah sesuatu yang baru buat penduduk Desa Pandan.
Menurut netizen, jalan sempit itu sudah lama terdedah kepada bahaya tetapi pihak berkuasa tidak pernah bertindak.
Image via Iffah Binti Ibrahim/Facebook
Image via Iffah Binti Ibrahim/Facebook

