4 Orang Digigit Anjing Rottweiler Hingga Cedera, Penduduk Desak Pemilik Bertanggungjawab
Seorang wanita cedera parah terkoyak belakang kepala dalam insiden itu.
Cover image via Berita HarianFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seramai empat penduduk cedera selepas diserang dua ekor anjing yang terlepas dari rumah pemiliknya di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil
Menerusi laporan Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri Mansor Zakaria memberitahu mangsa diserang anjing berkenaan ketika berada di luar sebuah surau usai solat Subuh.
Difahamkan, kedua-dua anjing milik penduduk tempatan itu terlepas dari sangkar mereka sebelum menyerang orang awam menyebabkan beberapa orang cedera.
"Penduduk yang melihat kejadian terbabit cuba menghalau haiwan berkenaan, namun usaha mereka sia-sia sehinggalah pemiliknya tiba mententeramkan anjing itu," katanya
Image via Berita Harian
Image via Berita Harian
Minta anjing Rottweiler dikeluarkan dari taman perumahan dan pemilik bertanggungjawab
Dalam satu lagi laporan Berita Harian, serangan dua ekor anjing jenis Rottweiler itu telah menyebabkan seorang wanita mengalami kecederaan serius sehingga bahagian belakang kepalanya terkoyak.
Bagaimanapun, wanita itu sudah menjalani pembedahan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.
Malah, seorang lagi wanita tempatan, dua lelaki tempatan, dan seorang pensyarah berusia 28 tahun dari Mesir turut cedera dan dirawat di hospital yang sama.
Akibat daripada itu, Penduduk di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil berharap supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, selain membawa keluar anjing Rottweiler dari kawasan perumahan itu.
Image via Berita Harian
Penduduk juga mahu pemilik dua ekor anjing jenis Rottweiler yang menyerang lima individu berkenaan agar bertanggungjawab terhadap kecederaan yang dialami semua mangsa.
Seorang penduduk mendakwa dia adalah antara individu yang sudah bersemuka dengan pemilik anjing terbabit
Dia memberitahu sebelum ini pernah berlaku insiden pertama dua tahun lalu, namun pemilik anjing terbabit gagal mengambil iktibar sehingga mangsa cedera parah.
"Dia gagal belajar daripada insiden pertama pada tahun 2023 walaupun pensyarah universiti mengalami kecederaan serius.
"Dia sudah tahu bahawa memelihara Rottweiler di kawasan perumahan adalah satu kesalahan, namun dia tetap melanggar undang-undang," katanya.
Malah, dia tidak boleh menerima alasan lelaki itu bahawa anjingnya terlepas dari rumah.
"Ramai di antara kami tidak berpuas hati. Kami tidak akan berdiam diri sehingga dia bertanggungjawab atas apa yang berlaku.
"Dia mesti membayar atas kesakitan dan trauma yang dialami oleh mangsa serta keluarga mereka," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

