4 Ekor Anak Kucing Mati Lemas, Budak-Budak Datang Beraya Rendam Dalam Tong

Ibu bapa awasilah anak-anak anda.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Twitter @OwToTheZie
Logo

Adalah perkara biasa apabila ibu bapa perlu berdepan dengan kerenah anak-anak setiap kali berkunjung ke rumah tetamu terutamanya di musim perayaan ini

Anak-anak kecil berlari ke sana-sini dan menumpahkan makanan itu boleh dimaafkan lagi. Namun yang menjadi masalah besar, apabila kelakuan anak-anak sudah melampaui batas sehingga menyebabkan kesedihan kepada orang lain.

Semalam, 27 Jun, viral di laman media sosial Twitter insiden 4 ekor anak kucing mati direndam budak-budak datang beraya

Tweet yang dikeluarkan pengguna @OwToTheZie atau Cik Petir itu mendapat perhatian pengguna Twitter yang merasakan insiden ini perkara yang menyedihkan lebih-lebih lagi kepada peminat kucing.

Dalam tweet tersebut, Cik Petir telah sertakan sekali beberapa screenshot menceritakan kronologi insiden tersebut secara terperinci

Cik Petir turut sertakan screenshot perbualan tuan kepada anak-anak kucing itu meluahkan rasa dukacitanya

Comelnya anak-anak kucing itu. Kesiannya! 🙁

Image via null

Ibu bapa awasilah dan perhatikanlah anak-anak anda setiap masa

Jangan mengharapkan tuan rumah untuk mengawasi anak-anak anda setiap masa kerana ianya sukar untuk tuan rumah terbabit lebih-lebih lagi jika ada ramai tetamu.

Kadang-kadang ada benda yang sangat berharga bagi tuan rumah, mungkin susah dia nak dapatkan. Mustahil bagi tuan rumah itu untuk marah anak-anak anda.

Andalah yang patut mendidik anak-anak dari rumah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: