4 Anak Muda Malaysia Ini Buktikan Latar Belakang Sukar Bukan Penghalang Raih Kejayaan
Akademi Vokasional McDonald's Malaysia bukan sekadar tempat belajar, ia adalah platform yang komprehensif.
Cover image via McDonald's MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh McDonald's Malaysia.
McDonald's Malaysia terus membuktikan komitmennya dalam membentuk masa depan golongan belia negara, melangkaui sekadar menyediakan perkhidmatan makanan
Inisiatif melalui Akademi Vokasional McDonald's Malaysia telah melatih lebih 5,000 belia dengan kemahiran dalam bidang perkhidmatan makanan, sekali gus membuka peluang kerjaya yang cerah untuk mereka.
Akademi Vokasional McDonald's Malaysia baru-baru ini meraikan majlis konvokesyen kelima mereka, mengiktiraf lebih 1,000 graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian sambil menimba pengalaman bekerja secara langsung. Akademi ini bukan sahaja menyediakan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), malah turut membuka pintu kepada mereka yang mungkin terlepas peluang dalam sistem pendidikan arus perdana.
Ini termasuk pelajar dari golongan B40, Orang Kurang Upaya (OKU), masyarakat Orang Asli, dan golongan asnaf, memastikan tiada sesiapa yang terpinggir daripada peluang pendidikan dan kerjaya.
Ikuti empat kisah inspirasi graduan yang membuktikan bahawa latar belakang dan cabaran hidup bukan penghalang untuk menggapai kejayaan dan membina masa depan yang diimpikan:
Raidi Hamizan (Setapak): Ketabahan Anak Sulung Berwawasan

Sebagai anak sulung, Raidi Hamizan dari Setapak, Kuala Lumpur telah memikul tanggungjawab besar. Melalui Akademi Vokasional McDonald's Malaysia, beliau bukan sahaja berjaya menjadi ketua kru malah dianugerahkan sebagai Perantis Cemerlang Keseluruhan.
Apa yang paling menyentuh hati, Raidi bukan saja belajar banyak benda baharu, tapi turut jadi contoh kepada adik-beradiknya.
"Lepas saya naik pentas, adik saya terus menangis. Dia cakap dia bangga sangat dengan saya," kongsinya.
Kini, Raidi merancang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dalam Pengurusan Halal dan berhasrat untuk kembali ke akademi sebagai tenaga pengajar, demi membimbing generasi akan datang.
Muhammad Hfiy Haikal (Sepang): Bangkit Daripada Tragedi

Kehidupan Muhammad Hfiy Haikal dari Sepang, Selangor pernah diuji dengan satu kemalangan serius yang menyebabkannya koma selama sebulan dan kehilangan ingatan.
"Saya tak ingat langsung pasal kerja atau pelajaran. Tapi ibu bapa dan rakan sekeliling bantu saya perlahan-lahan," kongsinya lagi.
Meskipun terpaksa melalui tempoh pemulihan selama tiga bulan, McDonald's memberikan sokongan penuh kepadanya untuk menamatkan SKM Tahap 3. Kini, beliau berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di McDonald's, membuktikan semangat juang yang luar biasa.
Nur Farrah Adibah (Kuala Berang): Keyakinan Melalui Sokongan

Nur Farrah Adibah, 21, dari Kuala Berang, Terengganu yang menghidap autisme dan masalah pembelajaran, menemui keyakinan diri dan sokongan yang tidak berbelah bahagi di akademi ini.
"Di sini, cikgu sangat sabar. Mereka tak akan berhenti ajar sampai kami betul-betul faham.
"Walaupun pernah gagal, saya berpegang pada kata-kata semangat yang diajar di akademi ini iaitu 'gagal sekali tak apa, jangan gagal selamanya'," katanya.
Dengan pendapatan yang diterimanya di McDonald's, beliau mampu membantu keluarga dan kini berazam untuk mencapai kedudukan yang lebih tinggi dengan sijil kemahirannya.
Wak Jenny Anak Perempuan Azman (Tapah): Menjelajah di Luar Kampung Halaman

Wak Jenny Anak Perempuan Azman, seorang Orang Asli dari suku Semai di Tapah, Perak berjaya mengatasi ketakutannya untuk meninggalkan kampung halaman demi masa depan yang lebih baik.
"Ibu bapa suruh saya keluar dari kampung untuk cari pengalaman. Mula-mula memang takut sebab tak pernah jauh dari rumah.
"Saya bangga dapat jadi wakil komuniti saya. Sekarang saya berkawan dengan orang dari pelbagai kaum, belajar banyak benda baru dan paling penting, dapat bantu keluarga," ujarnya.
Kini, beliau merupakan ketua kru di McDonald's Putra Heights, memimpin pasukan seramai lapan orang, serta telah meluaskan lingkungan sosialnya. Wak Jenny berhasrat untuk meneruskan pengajian dan menggalakkan lebih ramai belia Orang Asli untuk menyertai program ini.
Akademi Vokasional McDonald's Malaysia bukan sekadar tempat belajar, ia adalah platform yang komprehensif

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Dato' Haji Azmir Jaafar, sebanyak 80% graduan memilih untuk meneruskan kerjaya mereka bersama McDonald's, membuktikan syarikat ini adalah tempat kerja yang memberi peluang untuk mencipta kerjaya bermakna.
"Program vokasional ini bukan sahaja memberikan graduan peluang kerjaya yang stabil, malah turut membantu mereka yang susah keluar dari kitaran kemiskinan.
"Masa depan di McDonald's tidak tamat di akademi ini, tetapi juga ada kolaborasi bersama universiti-universiti tempat untuk pekerja kami mendapatkan ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda," katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai program dan peluang kerjaya di Akademi Vokasional McDonald's Malaysia , sila layari laman web rasmi McDonald's Malaysia atau hubungi mereka melalui e-mel di [email protected]!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


