32 Smart Lane Bakal Diaktifkan Sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan Sempena Tahun Baharu Cina
Gunakan dengan berhemah!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kini mengaktifkan 32 laluan 'smart lane' di lokasi tumpuan trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan bermula minggu ini
Menerusi laporan Berita Harian, laluan ini diaktifkan bertujuan melancarkan aliran trafik sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina minggu hadapan.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata pengaktifan Smart Lane antara langkah strategik bagi menampung peningkatan trafik yang dijangka mencecah sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari-hari puncak.
"Smart Lane ini bertujuan meningkatkan kapasiti lebuh raya sedia ada dan melancarkan pergerakan trafik, khususnya ketika waktu puncak sepanjang musim perayaan," katanya.
Menurutnya, sebanyak 32 lokasi Smart Lane dikenal pasti di jajaran lebuh raya dari utara hingga selatan yang sering mengalami kesesakan ketika musim perayaan.
Ha! Korang tahu tak apa itu SMART LANE?🤔 Pernah guna tak? 🤨 Jom layan video ni untuk tahu apa itu SMART LANE dan tips penggunaan SMART LANE 😁
— PLUS Malaysia Berhad (@plus2u) February 9, 2024
Kalau dah tahu, pastikan anda amalkan pemanduan berhemah seperti berikut:-
🚗 Patuhi lorong secara konsisten dan elakkan kerap… pic.twitter.com/f7xauTzQd9
Pengguna disaran gunakan Smart Lane dengan berhemah
Nik Airina berkata, pengguna dinasihatkan menggunakan Smart Lane secara berhemah dan mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan.
"Smart Lane bukan untuk pemanduan laju, sebaliknya bagi membantu melancarkan aliran trafik dan mengurangkan kesesakan," katanya.
Katanya, PLUS menjangkakan hari-hari puncak berlaku pada 12, 13 dan 14 Februari bagi aliran trafik keluar dari Lembah Klang, manakala 20, 21 dan 22 Februari bagi pergerakan kenderaan kembali ke ibu kota.
"Selain itu, pengguna lebuh raya turut digalakkan merancang perjalanan dengan merujuk jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA menerusi aplikasi PLUS bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selamat sempena cuti perayaan," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via MotoqarSmart Lane akan ditutup semula apabila trafik kembali lancar
Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata pengaktifan Smart Lane bergantung kepada keadaan trafik semasa dan lazimnya dilaksanakan ketika waktu puncak pagi dan petang, sebelum ditutup semula setelah aliran trafik kembali lancar.
Difahamkan, penggunaan Smart Lane mampu meningkatkan kapasiti jalan sehingga kira-kira 25 peratus sekali gus membantu mengurangkan kesesakan di lokasi kritikal sepanjang lebuh raya.
"Pengguna hanya dibenarkan menggunakan Smart Lane apabila ia diaktifkan dan ditandakan dengan papan tanda serta lampu hijau berkelip.
"Lorong kecemasan tidak boleh digunakan sekiranya Smart Lane tidak dibuka," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 