300 Keluarga Sertai Program ‘Keluarga Hatimurni Bersama Al-Quran’ Sempena Quran Hour 2025

Antara program yang berlangsung ialah Solat Dhuha berjemaah, bacaan Al-Quran
dalam keluarga secara berkumpulan dan Tausiyah Al-Quran.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Hatimurni (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, Pusat Pendidikan Islam Swasta – Hatimurni menganjurkan program 'Keluarga Hatimurni Bersama Al-Quran' sempena Quran Hour 2025 baru-baru ini

Seramai 300 buah keluarga turut serta dalam program Keluarga Hatimurni Bersama Al-Quran untuk mengimarahkan lagi Ramadan dengan alunan bacaan Al-Quran.

Menurut Pengasas Pusat Pembelajaran Pendidikan Islam Hatimurni, Ustazah Siti Khadijah Mohni, program ini sebagai salah satu kempen Hatimurni dalam menghidupkan bulan Ramadan dengan mengajak ibu bapa dan anak-anak untuk menyertai usaha khatam Al-Quran secara berjemaah.

Pengasas Pusat Pembelajaran Pendidikan Islam Hatimurni, Ustazah Siti Khadijah Mohni

Image via null

"Hatimurni julung kali adakan Quran Hour Keluarga Hatimurni Bersama Al-Quran 2025 dan telah mengumpulkan lebih 500 peserta yang terdiri daripada 300 buah keluarga untuk mengukuhkan tim Hatimurni bersama keluarga pelajar Hatimurni.

"Program hari ini sangat hebat kerana saya melihat sendiri bagaimana komitmen ibu bapa untuk menyokong anak-anak. Mereka datang awal dan sanggup duduk bersila untuk program Halaqah dari waktu Dhuha sehingga tengahari.

"Ramai ibu ayah yang beri sokongan untuk anak-anak membawa Al-Quran, mereka mendengar anak-anak membaca, malah anak-anak juga mendengar bacaan ibu ayah. Bagi saya objektif untuk Quran Hour Hatimurni tercapai, insyaAllah,"
 katanya.

Program yang menghimpunkan pelajar dan keluarga pelajar Hatimurni ini berlangsung pada Sabtu, 22 Mac 2025, bermula dari jam 7.45 pagi hingga 12.30 tengah hari

Antara program yang berlangsung ialah Solat Dhuha berjemaah, bacaan Al-Quran dalam keluarga secara berkumpulan, diketuai oleh Daie Fuad dan Tausiyah Al-Quran Ustaz Hafiz Za'farani.

Melihatkan kepada perkembangan positif, jelas Siti Khadijah, pihaknya bakal membuka ruang untuk lebih ramai peserta pada tahun akan datang.

"Melihatkan kepada sambutan kepada program pertama Quran Hour Hatimurni ini, kami melihat hasil dan yakin pada tahun hadapan, kami akan susun program dengan lebih baik dan membukanya kepada 1000 peserta termasuk orang luar," kongsinya lagi.

Pihaknya yakin bahawa Ramadan adalah masa terbaik untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan melalui ibadah bersama, sambil mendidik masyarakat tentang pentingnya infaq.

"Antara perkara lain untuk kami didik ibu ayah menghidupkan bulan Ramadan ialah memberikan suasana membaca Al-Quran dan berinfak.

"Program Quran Hour ini adalah salah satu daripada lima program di bawah Program Infaq Kasih Ramadan D Hatimurni. Antara program lain ialah edaran 2,500 pek beras di 32 lokasi, edaran 10,000 pek bubur lambuk setiap Jumaat dan Sabtu sepanjang Ramadan, majlis berbuka puasa dengan 1000 mualaf dan persediaan baju raya untuk anak yatim.

"Program Infaq Kasih Ramadan D Hatimurni bermula sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020. Dan ini merupakan tahun kelima dan kami pelbagaikan program bagi menghidupkan suasana Ramadan. 

"Sebab itu setiap minggu kami rancak dengan pelbagai program. Alhamdulillah sambutan ibu bapa sangat menggalakkan di mana mereka turut sama berinfak," ujarnya lagi berharap agar program ini bukan sahaja dapat membantu golongan memerlukan, tetapi juga menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk lebih prihatin dan aktif dalam kegiatan kebajikan.

Untuk rekod, Pusat Pendidikan Islam Swasta – Hatimurni telah ditubuhkan semenjak tahun 2007 oleh pengasasnya Ustazah Siti Khadijah Mohni dan suami, Ustaz Engku Ahmad Fadzil dengan fokus utamanya untuk membantu ibu bapa dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak dan penerapan adab dan akhlak Rasulullah SAW ke dalam diri anak-anak.

Hatimurni beroperasi di tiga pusat iaitu di Wangsa Maju, Setiawangsa dan Seksyen 7 Shah Alam. Hatimurni turut menawarkan kelas pendidikan agama secara dalam talian yang bukan sahaja dihadiri oleh anak-anak di Malaysia malahan dari luar negara sehingga ke Dubai dan Qatar.

Untuk maklumat lanjut tentang kelas yang disediakan Hatimurni, boleh hubungi 019-6664225 atau 013-3044225.

Tonton video di bawah:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: