30 Photographer Jalanan Depan KLCC Kena Denda Seorang RM2,000 Oleh Pihak Berkuasa

Difahamkan, mereka menawarkan perkhidmatan fotografi di tempat awam kepada pengunjung tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hampir 30 jurugambar jalanan dikompaun polis menerusi sebnuah operasi bersepadu oleh KL Strike Force di KLCC

Menerusi laporan Berita Harian, operasi didapati berjalan lancar walaupun berlaku sedikit kekecohan apabila salah seorang daripada kumpulan jurugambar terbabit enggan beri kerjasama, namun dapat dikawal dengan baik oleh pegawai.

Seorang jurugambar jalanan yang enggan dikenali berkata itu merupakan kali pertama mereka dikompaun atas kesalahan menawarkan perkhidmatan menangkap gambar.

"Ini kali pertama, tengok dekat surat ini (kompaun) tulis kena bayar RM2,000 mana nak bayar? Kalau hari-hari kena saman botaklah kepala saya.

"Kalau macam ini lepas ini jika selalu saman saya kena cari kerja lainlah, tapi mereka ada kata nak bagi kami lesen di sini, kita tunggu sajalah macam mana cara," katanya.

SAYS.com
Image via NSTP/Mohd Haris FadliImage via

Beri alasan isu terjadi sekadar salah faham apabila mereka didakwa cuba mengambil kesempatan ke atas pelancong asing

Diminta mengulas mengenai kejadian tular membabitkan kumpulan itu yang didakwa cuba mengambil kesempatan ke atas pelancong asing, pemuda berusia 20-an berkenaan berkata ia adalah sekadar salah faham antara dua pihak.

"Ketika kejadian itu saya tiada di kawasan ini, tetapi apa yang saya dengar dari kawan-kawan kejadian itu terjadi sebab salah faham antara mereka.

"Tetapi benda pun sudah jadi, sekarang semua kena tanggung akibat, orang kata 'kerana nila setitik, habis semua kena'," katanya.

Operasi yang bermula kira-kira jam 9 malam itu dilaksanakan oleh sejumlah pegawai dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kompaun yang dikenakan merupakan tindakan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 (1) UUK Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan 2016.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: