3 Pegawai Polis Ditahan Atas Tuduhan Peras Ugut & Cabul Masih Aktif Bertugas

Kejadian berlaku ketika tiga pegawai itu menahan seorang pelajar wanita bersama teman lelaki di Sentul.

Enlarge text
Cover ImageCover image via The Star & Polis KL (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tiga pegawai polis telah ditahan selepas seorang pelajar wanita berusia 18 tahun membuat laporan mendakwa mereka melakukan peras ugut, paksaan seksual dan pencabulan pada 18 September

Lebih sebulan kemudian, ketiga-tiga anggota polis itu difahamkan masih aktif bertugas sementara pihak pendakwa raya memutuskan sama ada perlu untuk mendakwa mereka atau tidak.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata kertas siasatan telah siap dan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya semalam, 28 Oktober, untuk arahan lanjut.

"Kami merujuk kertas siasatan dengan syor agar ketiga-tiga mereka didakwa," katanya.

Menerusi laporan New Straits Times, Fadil berkata penyiasat telah mencadangkan untuk mendakwa salah seorang anggota polis di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan, satu kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda, sebat, atau mana-mana gabungan kesemuanya.

Ketiga-tiga mereka juga telah disyorkan untuk pertuduhan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan, yang membawa hukuman yang serupa.

Sementara itu, FMT melaporkan bahawa jabatan integriti dan pematuhan piawaian sedang menjalankan siasatan tatatertib berasingan terhadap ketiga-tiga mereka.

"Ketiga-tiga mereka masih aktif bertugas tetapi (mereka) tidak berada di lapangan. Mereka akan digantung tugas jika kami mendapat perintah untuk mendakwa mereka," katanya.

SAYS.com

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.

Image via Polis KL (Facebook)

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 1 pagi pada 17 September, apabila pelajar terbabit bersama teman lelakinya ditahan berhampiran sebuah gerai

Menerusi laporan New Straits Times, berdasarkan laporan mangsa, pegawai berkenaan telah meminta MyKad dan merampas telefon bimbit mereka.

Dua daripada pegawai tersebut kemudiannya didakwa memeriksa peranti teman lelakinya dan menemui gambar peribadi, yang kemudiannya digunakan oleh pegawai ketiga untuk mengugut.

Pelajar berkenaan selanjutnya mendakwa bahawa anggota polis ketiga telah memisahkan dirinya daripada teman lelakinya dan memberitahu bahawa gambar peribadinya yang mereka temui merupakan "kesalahan serius" yang boleh dihukum dengan denda RM10,000 atau penjara dua tahun.

Pegawai itu didakwa menuntut agar dia memberi duit serta-merta atau terlibat dalam hubungan seksual dengannya untuk "menyelesaikan" perkara itu, memberi amaran bahawa hidupnya akan musnah jika dia menolak.

Pegawai itu kemudiannya didakwa meminta hubungan seksual berulang kali, termasuk bermalam dengannya, menjanjikan wang dan iPhone kepadanya jika dia bersetuju untuk mengekalkan hubungan seksual tersebut di samping didakwa mengugut untuk menahan teman lelakinya jika dia enggan mematuhi.

Pelajar itu mendakwa pegawai terbabit turut telah mencabulnya dengan mencubit payudara kirinya semasa kejadian selama dua jam itu dan mengambil MyKad miliknya, berkata dia hanya akan mendapatkannya kembali jika dia bertemu dengan pegawai terbabit pada keesokan harinya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: