3 Hari Hilang, Mayat Murid Darjah 4 Jatuh Longkang Akhirnya Berjaya Ditemukan

Mayat mangsa telah ditemui di tebing sungai sekitar Sungai Buloh.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mayat kanak-kanak lelaki, Khairil Izani Khaizalullinudin akhirnya berjaya ditemukan hari ini selepas dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Puncak Alam sejak tiga hari lalu

Menerusi laporan Sinar Harian, Mayat mangsa ditemui terapung di tebing sungai, Sungai Buloh oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama yang melakukan pencarian di lokasi terbabit.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata mangsa yang dilaporkan hilang pada Selasa telah ditemukan pada jam 1 tengah hari.

"Pasukan bomba PPDA bersama PBS Saujana Utama telah menemui mangsa di Sungai Buloh menghala ke Ijok selepas memulakan pencarian dari pusat kawalan bomba (PKB)," katanya.

SAYS.com
Image via Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama

Secara keseluruhan, jarak dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dianggarkan sekitar 10 kilometer

"Pencarian bermula dari parit berhampiran Masjid Taman Alam Jaya sebelum bergerak kira-kira lima kilometer sehingga ke sungai berkenaan.

"Mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, masih berbaju cerah dan memakai seluar hitam," kata Samsol.

Menurutnya, mayat mangsa akan dibawa ke Unit Forensik Hospital UiTM bagi tujuan bedah siasat.

"Kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest