3 Beradik Dari Kelantan Nekad Ubah Hidup, Syukur Dapat Gaji Lumayan Bertani Di Melbourne
Mereka menasihatkan sesiapa yang ingin bekerja di Australia perlulah mengikut cara betul dan sah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tiga beradik yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan nekad berhijrah ke Melbourne, Australia mencari rezeki menceburkan diri dalam aktiviti pertanian secara sambilan
Menerusi laporan Harian Metro, Tuan Nooraida Tuan Min, 40, berkata, dia membawa dua adik-beradiknya iaitu Tuan Nadhirah, 30, dan Tuan Nurnasuha, 27, pada tahun 2019 untuk bersama-sama mencari rezeki di negara itu selepas dihimpit masalah kewangan.
Setiap tahun, mereka dikatakan melakukan sekurang-kurangnya empat kerja seperti memetik anggur, memetik sayur brokoli, pembungkusan epal serta menanam, memetik dan membungkus tomato.
"Kami kerja di sini ikut musim. Contohnya Januari sehingga Mei kami melakukan kerja memetik buah anggur. Selepas itu memetik sayur brokoli kira-kira dua tiga bulan pula.
"Habis musim sayur, kami pindah ke pembungkusan epal dan selepas itu terbabit dalam menanam, memetik serta membungkus tomato.
"Daripada kerja yang dilakukan di sini, masalah kewangan yang ditanggung sebelum ini sudah dapat diselesaikan," katanya.
Menurut Tuan Nooraida, dia memperoleh kira-kira AUS$5,000 (RM13,740) sebulan melalui kerja sambilan sebagai petani di Melbourne.

Dari kiri, Tuan Nurnasuha, Tuan Nooraida dan Tuan Nadhirah.
Image via Harian MetroSeronok dapat bekerja bersama adik-beradik tetapi tetap merindukan tanah air
Tambah Tuan Nooraida, walaupun gembira dapat bersama adik-beradik di Melbourne, dia tetap berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan keluarga.
"Saya seronok dan gembira bekerja bersama adik-beradik di sini. Lebih menyeronokkan apabila kami juga dapat ilmu baharu daripada mula penanaman buah atau sayur, sehinggalah memungutnya.
"Tapi pada masa sama, kita pun berasa sedih kerana tinggalkan keluarga (di Malaysia). Mungkin saya akan balik suatu hari nanti. Tapi tidak sekarang.
"Apabila kerja di tempat orang ini, kadang-kadang makan tak menentu. Apabila kita kerja gigih di sini, baru kita dapat pendapatan yang lumayan," katanya.
Dia turut menasihatkan rakyat Malaysia yang berminat untuk bekerja di Australia sepertinya perlulah mengikut cara yang betul dan sah.
"Kalau nak datang sini, buat secara sah. Mohon visa pekerja. Kalau dahulu orang tak tahu (cara memohon kerja) tapi sekarang ini semua orang sudah tahu caranya. Jadi, buat secara betul," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 