21 Subjek UiTM Disenarai Dalam ‘QS World University Rankings by Subject’

Wujudmu di sini, di tanah anak merdeka~

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus mengharumkan nama negara apabila 21 subjeknya tersenarai dalam QS World University Rankings

Menerusi perkongsian institut pengajian tinggi itu di Facebook, perkara ini disifatkan terhasil daripada usaha seluruh warga UiTM yang sentiasa komited meningkatkan nama UiTM di persada antarabangsa.

"UiTM sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan tinggi demi melahirkan bakat negara seiring kecemerlangan akademik.

"Pencapaian ini bukan sekadar angka, tetapi kayu ukur kesungguhan dalam membangunkan bakat profesional bumiputera selari dengan semangat Akta 173 & Perkara 153 Perlembagaan," menurut UiTM.

SAYS.com
Image via Sebenarnya.my

Meletakkan antara empat universiti awam dalam negara yang turut tersenarai

Tiga lagi universiti awam negara yang turut tersenarai dalam QS World University Rankings by Subject ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurut UiTM, pengiktirafan ini turut melibatkan kurus Law & Legal Studies menjadikan UiTM tersenarai dalam kalangan universiti-universiti berkenaan.

"Tahun 2025 menyaksikan 21 subjek UiTM tersenarai dalam QS World University Rankings by Subject, termasuk Law & Legal Studies pada kedudukan 301-350 dunia, menjadikan UiTM antara empat universiti awam terpilih.

"Syabas dan tahniah kepada seluruh warga UiTM yang terus komited menjulang martabat universiti unggul ini! Globally Renowned, Locally Rooted," tulis akaun itu.

SAYS.com
Image via Universiti Teknologi MARA – Media Rasmi

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: