200 Pemuzik Dari The Purple Symphony & MPO Bergabung Dalam Konsert “The Symphony Of Friendship”

Konsert bertemakan "The Symphony of Friendship" ini merupakan kerjasama kedua antara YRZSNJ, Temasek Foundation dan The Purple Symphony.

Enlarge text
Cover ImageCover image via The Purple Symphony
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ), dengan kerjasama
Temasek Foundation, membawa The Purple Symphony ke Kuala Lumpur untuk persembahan sulung mereka baru-baru ini

The Purple Symphony ialah orkestra inklusif terbesar di Singapura dan merangkumi pemuzik termasuk mereka yang terdiri daripada golongan kurang upaya. Konsert istimewa ini berlangsung di Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC.

Kerjasama ini bermula pada Julai tahun lalu apabila Yang Berbahagia Datin Paduka Ho Ching, Pengerusi Temasek Trust, menyambut ketibaan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah di Temasek Shophouse. Dua pemuzik dari The Purple Symphony membuat persembahan semasa lawatan tersebut dan persembahan itu menyentuh hati Baginda. Susulan detik bermakna itu, Baginda telah menjemput orkestra berkenaan untuk membuat persembahan buat kali pertama di Permaisuri Zarith Sofiah Opera House pada tahun 2023.

Konsert bertemakan "The Symphony of Friendship" ini merupakan kerjasama kedua antara YRZSNJ, Temasek Foundation dan The Purple Symphony. Para penonton menikmati perjalanan muzik yang kaya melalui susunan khas di bawah arahan Pengarah Artistik, Quek Ling Kiong.

SAYS.com
Image via The Purple Symphony
SAYS.com
Image via The Purple Symphony

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YRZSN, Hishamuddin Abd Rahim, "Misi kami di Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor adalah untuk membina jambatan antara komuniti melalui pendidikan dan seni. Kami percaya setiap individu, tanpa mengira latar belakang atau keadaan, mempunyai potensi untuk menyumbang secara bermakna kepada masyarakat dan berkembang sebagai
warganegara global.

"Melalui konsert seperti ini, kami berharap dapat memupuk rasa hormat, persefahaman dan empati dalam kalangan semua komuniti. Kami amat terinspirasi oleh The Purple Symphony dan komitmen mereka terhadap inklusiviti. Ia mengingatkan kita bahawa muzik seperti kehidupan dan akan lebih harmoni apabila setiap orang diberi ruang dalam ensembel. Kami komited untuk terus belajar daripada model ini dalam usaha membina komuniti yang lebih inklusif dan berdaya di Johor dan seterusnya,"
katanya.

The Symphony of Friendship pamer nilai tinggi seni muzik

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Foundation, Ng Boon Heong berkata, "Temasek Foundation bekerjasama dengan rakan-rakan di seluruh Asia termasuk Singapura untuk mewujudkan peluang yang dapat meningkatkan kehidupan dan mengukuhkan daya tahan sosial. The Purple Symphony adalah contoh nyata kepercayaan ini sebuah orkestra inklusif di mana pemuzik dengan dan tanpa keupayaan khas membuat muzik bersama, disatukan oleh minat dan tujuan. Temasek Foundation berbesar hati menyokong perjalanan The Purple Symphony serta memperkukuhkan gerakan inklusi OKU ke arah membina masyarakat yang lebih inklusif untuk semua," ujarnya.

SAYS.com
Image via The Purple Symphony
SAYS.com
Image via

Datuk Bandar Denise Phua Majlis Pembangunan Masyarakat Central Singapore (Penasihat The Purple Symphony) berkata, "Kami berasa amat gembira berada di Kuala Lumpur untuk persembahan istimewa ini. The Purple Symphony, yang ditubuhkan lebih 11 tahun lalu, membuat penampilan pertama di Malaysia dalam Symphony of Friendship di Johor Bahru pada tahun 2023 satu pencapaian yang terus kami hargai. Kini kembali ke ibu negara merupakan sesuatu yang amat bermakna. Sebagai orkestra inklusif terbesar di Singapura, para pemuzik kami dari pelbagai keupayaan mengingatkan kita bahawa muzik dapat menyatukan semua orang dari pelbagai latar hidup.

"Kami amat bersyukur kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah, Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, Puan Ho Ching dan Temasek Foundation atas sokongan yang tidak berbelah bahagi. Konsert ini meraikan inklusiviti, perpaduan dan keyakinan bahawa setiap individu mampu bersinar apabila diberikan peluang,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: