2 Pelajar MRSM Terima ‘Top In The World Award’ Raih Markah Tertinggi Di Dunia, Luar Biasa!
Bukti pelajar Malaysia boleh!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dua pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) meraih kecemerlangan luar biasa dalam bidang akademik apabila mereka memperoleh Anugerah Top In The World dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
Dalam satu hantaran di Facebook Majlis Amanah Rakyat (MARA), difahamkan pelajar MRSM Kuantan, Pahang, Ahmad Soleh Muhaimi Saifuddin telah meraih markah penuh dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik IGCSE.
Manakala, pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor, Muhammad Amiruz Zafeer Azlan Shah juga mendapat markah penuh dalam subjek Bahasa Inggeris IGCSE.
Image via MRSM KKB (Facebook)
Turut aktif dalam kokurikulum dan kepimpinan akademik
Untuk pengetahuan anda, Anugerah Top In The World itu diberikan kepada pelajar yang telah mencatat markah tertinggi di dunia dalam sesuatu subjek peperiksaan Cambridge.
Ia merupakan pengiktirafan yang sangat berprestij daripada pihak Cambridge International Examinations.
Difahamkan, Ahmad Soleh Muhaimi merupakan pelajar yang sangat aktif dalam kepimpinan di maktab sebagai Exco Akademik dan Inovasi Badan Wakil Pelajar (BWP).
Bakatnya dimanfaatkan dengan mewakili ke Young Leader Apprentice (Y.A.L.E) serta beberapa pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Malah, dia berpegang pada moto 'Sentiasa dahagakan penjelajahan' yang menjadi sumber kekuatannya untuk menggapai cita-cita menjadi seorang Jurutera Bioperubatan dalam negara.
Dalam pada itu, Muhammad Amiruz Zafeer pula aktif dalam kokurikulum sehingga menjuarai kejohanan bola tampar 17 tahun.
Dia juga banyak mewakili maktab dalam pelbagai acara peringkat kebangsaan seperti National Science Challenge.
Image via MAJLIS AMANAH RAKYAT (Facebook)
Image via MAJLIS AMANAH RAKYAT (Facebook)
Tahniah diucapkan dan semoga terus maju jaya!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 