2 Lelaki Mati Dilaporkan Maut Ditembak Di Depan Pusat Beli-Belah Di Cheras

Difahamkan, kejadian itu berlaku sekitar jam 12.15 malam tadi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dua lelaki dilaporkan maut ditembak sekumpulan suspek di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, Kuala Lumpur tengah malam tadi

Menurut laporan Berita Harian, kedua-dua mangsa dikatakan sedang menuju ke arah kereta yang diletakkan di perkarangan pusat beli-belah berkenaan sekitar jam 12.15 malam.

Seorang saksi di tempat kejadian berkata, sekumpulan lelaki memakai topi keledar secara tiba-tiba berlari ke arah kedua-dua mangsa yang berada di bahagian luar perkarangan pusat beli-belah ketika itu.

"Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sehingga kedua-dua mereka terbaring berlumuran darah.

"Kedua-dua mangsa itu yang ditembak pada bahagian badan dan kepala disahkan mati di tempat kejadian," katanya.

Image via Harian Metro

Kumpulan lelaki terbabit yang bersenjata pistol kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta Perodua Alza

Pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kini giat menjalankan siasatan di lokasi kejadian dengan bantuan oleh Unit Forensik Polis.

Berdasarkan maklumat terkini, kedua-dua mangsa berusia dalam lingkungan 40-an dan berasal dari Sibu, Sarawak.

Maklumat daripada saksi kejadian serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti identiti suspek juga diambil oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Image via Harian Metro

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: