Chef Hotel Dari Seantero Malaysia Mereka 19 Jenis Kek Sempena Ulang Tahun YDP Agong
Kudos untuk semua chef-chef yang terlibat!
Cover image via Azahar Omar / Malaysian Chef Connection (MCC)Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda tahun 2018 telah jatuh pada 9 September 2018 iaitu hari ini (Ahad)
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat mencemar duli untuk menghadiri acara dan majlis rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V pada 9 September, hari ini.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kosmo, kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata sebagaimana perkenan baginda, Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan bagi Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan tidak diadakan pada sambutan kali ini.
Image via Kosmo
Malah, Sultan Muhammad V berkenan untuk berangkat mencemar duli hadir ke Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang diadakan pada 6 September lalu.
Ini merupakan antara koleksi kek yang direka khas oleh chef-chef hotel terkemuka di Malaysia sempena sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda tahun ini:
1. Royale Chulan, Kuala Lumpur
2. Intercontinental, Kuala Lumpur
3. Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan
4. The Pearl, Kuala Lumpur
5. Sama-Sama Hotel, Kuala Lumpur
6. Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur
7. Kuala Lumpur Convention Centre
7. Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences
8. Grand Millennium, Kuala Lumpur
9. One World Hotel, Petaling Jaya
10. Mandarin Oriental, Kuala Lumpur
11. JW Marriot, Kuala Lumpur
12. Sime Darby Convention Centre
13. Kumpulan Hotel Dorsett
14. Hotel Impiana, KLCC
15. Le Meridien, Putrajaya
16. Federal Hotels International Group (FHI)
17. Putrajaya Convention Centre (PICC)
18. The St. Regis, Kuala Lumpur
19. Mövenpick Hotel & Convention Centre, KLIA
Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah Kehadapan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhamamad V atas sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-49
Image via Twitter @youngshefura
#SilaDudukJanganLari

