19 Buah Muzium Seluruh Negara Boleh Diakses & Masuk Secara Percuma 18 Mei Ini
Ia bersempena Hari Muzium Antarabangsa yang disambut seluruh dunia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa, 19 muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia (JMM) akan dibuka percuma 18 Mei ini
Perkara itu dimaklumkan menerusi sebuah hantaran Facebook Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Gong mengajak orang ramai untuk tidak melepaskan peluang melawat muzium.
"Pada 18 Mei 2025, semua muzium di bawah JMM akan dibuka secara percuma kepada orang ramai sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa yang bertemakan 'Masa Depan Muzium Dalam Komuniti Yang Berubah Pantas'.
"Dari utara ke selatan, dari timur ke barat, muzium menjadi titik pertemuan antara warisan silam dan aspirasi masa depan, menghubungkan komuniti atas semangat perpaduan dan kecintaan terhadap sejarah.
"Ini peluang terbaik untuk menyelami kekayaan sejarah, kepelbagaian budaya, dan semangat perpaduan yang menjadi teras identiti negara kita," tulisnya.
Muzium negara termasuk dalam senarai tersebut
Orang ramai di sekitar Lembah Klang perlu mengambil peluang ini untuk membawa anak-anak dan keluarga kerana Muzium Negara turut tersenarai sebagai muzium yang boleh masuk percuma Ahad ini.
Antara muzium lain yang tersenarai ialah Muzium Automobil Nasional (Sepang), Muzium Arkeologi Lembah Bujang (Kedah) dan Muzium Seni Bina Malaysia (Melaka).
Lihat senarai penuh di bawah:
Image via Facebook
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 