175 Nyawa Bayi Berjaya Diselamatkan JKM Sepanjang Tahun 2022 Hingga 2025
Kes termasuk isu kanak-kanak yang ditinggalkan, dibuang atau tidak diberi jagaan yang sempurna.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejumlah 175 bayi dipercayai berusia 12 bulan ke bawah berjaya diselamatkan dan diberi perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang 2022 hingga 2025
Menerusi laporan Berita Harian, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan kes pembuangan bayi dan kanak-kanak dikategorikan sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan di bawah Seksyen 17(1), Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].
Menurut kementarian itu, ia termasuk kes kanak-kanak yang ditinggalkan, dibuang atau tidak diberi jagaan yang sempurna oleh penjaganya.
"JKM bertanggungjawab menyelamat dan memberi perlindungan kepada bayi dan kanak-kanak yang ditemui dan siasatan kes dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Berdasarkan data dan rekod statistik JKM, seramai 175 orang bayi yang dipercayai berumur 12 bulan dan ke bawah yang telah diselamatkan serta diberi perlindungan oleh JKM di bawah Seksyen Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta 611 dari tahun 2022 hingga 2025," menurut KPWKM.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Harian MetroKementerian dan agensi di bawahnya laksanakan pelbagai inisiatif termasuk membangunkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI)
Katanya, dasar itu bertujuan melahirkan individu berpengetahuan serta mempunyai sikap positif dalam bidang kesihatan reproduktif dan sosial.
"Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan pula menjadi panduan tindakan bersepadu pelbagai pihak yang berkepentingan untuk melaksanakan program dan aktiviti,
"KPWKM juga mewujudkan Pusat Remaja kafeTEEN yang menyediakan khidmat kaunseling dan kesihatan bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial.
"Sehingga kini, sebanyak 18 Pusat Remaja kafeTEEN beroperasi di seluruh negara dan disokong Trak KafeTEEN Outreach bagi memperluas capaian perkhidmatan ke kawasan lebih luas," katanya.

Gambar sekdar hiasan.
Image via BernamaKPWKM turut memperluaskan Program Advokasi Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial melalui kempen 'Jangan Malu Ambil Tahu, Jangan Malu Bagi Tahu'
Kempen tersebut difahamkan bertujuan memupuk ketahanan diri, menjaga batas pergaulan serta meningkatkan kefahaman remaja mengenai kesan negatif hubungan seks sebelum nikah.
"KPWKM juga menawarkan perkhidmatan Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam sehari sepanjang tahun sebagai saluran aduan termasuk kes pembuangan bayi atau individu memerlukan bantuan seperti kaunseling.
"Talian bebas tol itu turut diperluaskan skopnya merangkumi perkhidmatan telekaunseling serta penggunaan aplikasi WhatsApp," katanya.
KPWKM turut membangunkan Modul Cakna Diri (Edisi Remaja dan Edisi Ibu Bapa) membawa matlamat memberi panduan kepada remaja serta ibu bapa dalam memahami perkembangan remaja dan meningkatkan kemahiran menangani tingkah laku berisiko khususnya berkaitan seksualiti.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via