17 Kawasan Di Malaysia Terima Amaran Haba Tahap 1 & 2 Susulan Fenomena Suhu Melonjak
Jangan terdedah dengan kawasan luar lama sangat!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca panas Tahap 1 untuk Perlis dan Tahap 2 untuk satu kawasan di Kedah selain pelbagai lokasi di lima negeri
Di Kedah, daerah yang terjejas termasuk Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Kota Setar, Kuala Muda, dan Sik untuk amaran Tahap 1 manakala Padang Terap menerima amaran Tahap 2.

Kawasan seperti Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak, serta Machang, Pasir Mas dan Jeli di Kelantan, selain Sepang di Selangor juga terjejas akibat musim kemarau.

Kawasan di Sabah dan Sarawak juga tidak terkecuali daripada peningkatan suhu. Beaufort dan Telupid di Sabah telah menerima amaran Tahap 1, bersama Limbang di Sarawak.

Amaran Tahap 1 akan diaktifkan apabila suhu harian maksimum mencapai antara 35°C dan 37°C.
Untuk amaran ini kekal aktif, suhu ini mesti berterusan selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Dengan cuaca yang semakin panas, adalah lebih baik untuk kekal di berada di dalam rumah dan mengelakkan pendedahan kepada cahaya matahari yang tidak perlu.
Pastikan anda saling menjaga dan memerhatikan tahap penghidratan sepanjang tempoh kemarau ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 