14 Tips Ini Sesuai Digunakan Jika Anda Ingin Resume Yang Lengkap. ‘Fresh Grad’ Boleh Cuba!
Tak perlu terlalu fancy pun sebenarnya.
Cover image via Uptowork.netKebanyakan fresh grad masih belum tahu tentang format sebenar untuk buat resume. Tidak boleh terlalu panjang dan terlalu pendek. Kena just nice je sebenarnya.
Image via Stafco
Jika anda belum pernah buat resume, seeloknya tanya dulu tentang pendapat rakan-rakan atau keluarga yang pernah buat supaya anda tidak melakukan kesalahan pertama ketika ingin memohon kerja.
Seorang lelaki di Twitter,
Azmeer Ahmad berkongsi tentang contoh format resume yang terbaik lebih-lebih lagi untuk fresh grad. Sangat bermanfaat untuk anda semua.
Image via Twitter @AzmeerAhmad04
Pastikan resume anda tidak terlalu serabut atau fancy. Lebih baik jika menggunakan warna hitam dan putih sahaja.
Image via Twitter @AzmeerAhmad04
Guna bahasa yang anda mahir bila bercakap. Jangan main letak je rating tinggi tapi bila bercakap, tergagap.
Image via Twitter @AzmeerAhmad04
Kemahiran teknikal adalah penting untuk ada dalam setiap resume. Tapi dinasihatkan anda terangkan sendiri tentang soft skills ketika sesi temuduga itu sendiri. Lebih mudah.
Image via Twitter @AzmeerAhmad04
Terangkan secara ringkas serba sedikit tentang diri anda. Pastikan tak terlalu panjang supaya tidak mengambil masa yang lama untuk dibaca.
Image via Twitter @AzmeerAhmad04
Latar belakang pendidikan dan pencapaian yang pernah diterima harus ada tapi tak perlu terangkan secara panjang lebar
Image via Twitter @AzmeerAhmad04
Penglibatan anda dalam aktiviti kokurikulum hanya perlu letak yang berkaitan sahaja. Sebab itu anda tidak perlu letak soft skills di bahagian ini.
Image via Twitter @AzmeerAhmad04
Image via Twitter @AzmeerAhmad04
Untuk bahagian rujukan pula, anda perlu memberitahu bahawa nama mereka ada dalam rujukan anda supaya mereka tidak terkejut ketika dihubungi
Image via Twitter @AzmeerAhmad04
Senang je bukan? Untuk pastikan sama ada resume anda lengkap, boleh tengok rujukan di bawah. Kalau ada semua ini, dah boleh hantar resume! 🙂
Image via Twitter @AzmeerAhmad04
Image via Twitter @AzmeerAhmad04

