13 Perkara Yang Dapat Membantu Anda Bangun Lebih Awal Setiap Pagi

Setiap orang dewasa perlu mendapatkan 7-8 jam tidur setiap hari.

Enlarge text
Cover ImageCover image via tumblr.com
Logo

1. Fikirkan tentang sesuatu yang positif sebelum tidur

Contohnya seperti rancangan yang akan menceriakan hari anda pada keesokkan hari. Apabila anda bangun nanti, anda akan rasa *excited* untuk mulakan hari anda.

Selain itu, menurut seorang pakar tidur bernama [Dr. Stephanie Silberman](http://psychcentral.com/lib/12-ways-to-shut-off-your-brain-before-bedtime/0006577), apabila anda mengamalkan pemikiran positif sebelum tidur, ia dapat mengurangkan fikiran lain yang dapat mengganggu tidur anda seperti perasaan risau. Jadi, ia dapat membantu anda tidur lebih lena.

Image via tumblr.com

2. Jika berfikiran positif saja tak membantu, dengar muzik yang menggembirakan anda

Bagi sesetengah orang, mendengar muzik dapat membantu menjadikan *mood* mereka positif. Muzik itu pula pastikan jangan terlalu rancak.

"*Penggunaan alatan elektronik boleh merangsang sistem kitaran 24 jam badan manusia dimana ia boleh memberi kesan terhadap waktu tidur,*" kata [Dr. Figueiro](http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2194806/Using-mobile-phones-tablets-bed-affecting-sleep-warn-scientists.html), seorang Profesor Madya di Institut Politeknik Rensselaer.

Image via tumblr.com

3. Lompat dari katil bila bangun

Ini benda betul, tak tipu. Ia memang membantu anda terus rasa cergas.

Image via

4. Pastikan tidur anda mencukupi

Maksudnya: jangan tengok *handphone*, *laptop* atau apa-apa alatan elektronik yang boleh mengganggu anda untuk tidur.

Image via sodahead.com

5. Jadikan waktu anda bangun sebagai rutin harian termasuklah hujung minggu

Sekiranya anda bangun pada hujung minggu, anda dapat buat banyak perkara yang anda tangguhkan sebelum ini seperti berkebun, bersenam, atau kemas rumah.

Image via

6. Wujudkan rutin harian selepas bangun seperti minum kopi, bersenam atau membuat sesuatu yang kreatif

Rutin seperti ini juga boleh dijadikan motivasi untuk anda bangun pagi. Contohnya, anda beritahu diri sendiri, "*Kalau bangun awal, dapat bancuh dan nikmati kopi yang sangat sedap!*".

Menurut seorang doktor yang dikenali sebagai [Dr. Epstein](http://psychcentral.com/lib/12-ways-to-shut-off-your-brain-before-bedtime/0006577) berkata, "*Badan kita biasa dengan rutin dan ia dapat membantu badan kita untuk berkerja dengan lebih baik*".

Image via

7. Sediakan segala persiapan waktu petang atau malam supaya anda tak perlu bergegas pada keesokan hari

Contohnya, anda sediakan baju *jogging*, baju kerja, fail dalam beg dan segalanya yang sering disediakan pada waktu pagi.

Image via tumblr.com

8. Pastikan anda tak buat apa-apa yang berkaitan dengan kerja sejurus anda bangun supaya anda tak menjadi stress

Image via

9. Letakkan alarm clock jauh dari katil

Apabila anda bangun untuk matikan jam, pasti anda akan terus terjaga. Lagi jauh lagi bagus tetapi jangan jauh sangat sampai anda tak dengar langsung.

10. Jangan amalkan snooze

Inilah punca utama anda jadi malas bangun.

Image via

11. Pastikan bunyi alarm clock anda tak annoying

Tetapkan bunyi *alarm clock* anda dengan lagu atau bunyi yang tak buat anda sakit jantung mahupun buat anda lagi terlena. Lagu itu biar yang boleh buat anda senang bangun.

Image via

12. Mula dengan menetapkan alarm clock anda seminit atau dua minit lebih awal setiap hari

Memang mustahil lah kalau anda mahu bangun pukul 5 pagi terus kalau anda dah biasa bangun pada pukul 7 setiap pagi. Jadi, tetapkan waktu bangun anda awal beberapa minit untuk biasakan badan anda untuk bangun awal sehingga anda dapat bangun pada waktu yang anda inginkan.

Image via

13. Minum satu gelas air kosong

Ia akan membantu anda untuk mengelakkan hidrasi semasa tidur dan *confirm* anda akan bangun awal untuk cari bilik air dulu.

Image via

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tahukah anda snooze bukan saja boleh buat anda jadi malas? BACA DI SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: