12 Penunggang Motosikal Maut Setiap Hari, Seorang Setiap Dua Jam – MIROS
Kemalangan maut melibatkan motosikal terus mendominasi peratusan nahas di jalan raya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memaklumkan secara statistik terdapat seorang penunggang motosikal maut setiap dua jam dalam sehari
Menerusi laporan New Straits Times, Pengarah Pusat Penyelidikan Perubahan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya, Ir Ts Azhar Hamzah memberitahu penunggang motosikal terus mendominasi statistik kematian jalan raya, menyumbang hampir 70 peratus daripada semua kes kematian.
"Bayangkan 12 orang mati setiap hari. Setiap dua jam, seorang mati menunggang motosikal," katanya.
Beliau berkata kebanyakan kes kemalangan maut ini boleh dicegah jika tindakan proaktif diambil menerusi pendidikan, latihan dan perubahan tingkah laku.
"Keselamatan terbaik untuk penunggang motosikal adalah pencegahan. Anda tidak boleh hanya bergantung hanya terhadap langkah selepas kejadian. Yang terbaik ialah pencegahan," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Paul TanPenggunaan motosikal sebenarnya hanya sesuai untuk pergerakan jarak dekat
Menurut Azhar, penggunaan motosikal pada asalnya bertujuan untuk perjalanan jarak dekat tetapi telah berkembang menjadi pengangkutan utama merentasi jarak jauh di Malaysia.
"Motosikal adalah kenderaan yang tidak stabil. Ia hanya menjadi stabil jika ia bergerak sekurang-kurangnya 8km sejam. Enjin dan roda membantu mengimbangi daya untuk memastikan ia tegak. Semakin cepat ia bergerak, semakin stabil ia, tetapi itu tidak bermakna ia perlu ditunggang dengan pantas.
"Apabila anda menunggang motosikal, kaki anda paling terdedah. Kepala anda adalah titik tertinggi. Sebab itu ia memerlukan perlindungan," katanya.
Azhar berkata budaya jalan raya Malaysia telah menyebabkan tingkah laku berisiko seperti menempuh lalu lintas dan memandu laju di samping menambah tindakan sedemikian kekal sebagai 'grey area' dalam undang-undang jalan raya semasa.
"Di Malaysia, ini sudah menjadi budaya. Penunggang bergerak melalui celah-celah jalan untuk kekalkan kestabilan. Sama ada betul atau salah tidak jelas, malah Akta Pengangkutan Jalan pun agak kabur," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Malaysian RidersNisbah kecederaan kemalangan di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding di negara-negara maju
Azhar memberi amaran bahawa nisbah kecederaan parah di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding di negara maju, di mana nisbahnya dilihat satu kematian kepada 30 kecederaan parah.
"Di negara kita, jumlah itu boleh menjadi satu kepada 50. Daripada 50 itu, ramai yang mengalami hilang upaya kekal dan memerlukan bantuan seumur hidup. Bukan sahaja mereka, tetapi keluarga mereka juga.
"Penunggang P-hailing menghabiskan masa lima kali lebih lama di jalan raya berbanding pengguna motosikal biasa. Jadi, risikonya lebih tinggi.
Tambah Azhar, beliau menggesa agensi kerajaan, syarikat swasta dan orang ramai bertindak tanpa berlengah lagi.
"Jika anda menunggang motosikal, bertindak sekarang. Jangan tunggu," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 