12 Jenis Teh Yang Boleh Membantu Anda Melawan Penyakit
Kajian saintifik telah mencadangkan pengambilan teh sebagai minuman harian dapat merendahkan risiko pelbagai penyakit.
Cover image via blogspot.com1. Teh lada hitam
[Teh lada hitam](http://www.rd.com/slideshows/natural-cough-remedies/#slideshow=slide3) adalah ubat semulajadi yang berasal dari dua tradisi yang berbeza iaitu perubatan dari New England dan perubatan tradisional Cina. Lada hitam dapat **melancarkan peredaran darah** dan ia bertindak **menghilangkan kahak**. Manakala madu bertindak sebagai **antibiotik** dan dapat **mengurangkan batuk**.
**Cara membancuh teh lada hitam**:
Masukkan 1 sudu kecil serbuk lada hitam dan 2 sudu besar madu ke dalam cawan. Masukkan air panas dan biarkan selama 15 minit.
Tapis teh tersebut dan hirup sedikit demi sedikit apabila perlu. Ia **tidak sesuai untuk batuk kering**.
Image via tumblr.com
2. Teh Chamomile
[Teh *chamomile*](http://www.bustle.com/articles/48324-8-herbal-teas-to-cure-all-your-winter-ailments-from-seasonal-affective-disorder-to-sore-throats) adalah teh yang paling utama diminum bagi melawan kesakitan. Ia dikatakan dapat **menghilangkan keradangan** berpunca daripada gigitan serangga, **sakit tekak**, dan dapat **mengurangkan kesan gelap di bawah mata**. Selain itu, teh *chamomile* juga dapat **menenangkan fikiran**.
Cara bancuhan teh ini adalah seperti bacuhan teh biasa tetapi anda boleh masukkan sedikit madu untuk menambahkan rasa.
Image via tumblr.com
3. Teh Lemon Balm
Teh *lemon balm* dapat membantu merawat **masalah tidur**, **kegelisahan**, dan juga **tekanan darah tinggi**. Ia merupakan satu lagi teh yang dapat membantu menenangkan fikiran.
Image via stylecraze.com
4. Teh halia
Perubatan India membuktikan bahawa [teh halia](http://www.apolloclinicthane.com/blog/-/blogs/8-health-benefits-of-ginger-tea) boleh **melancarkan peredaran darah** dan **sistem penghadaman** serta **meningkatkan imun** seseorang. Selain itu, ia dapat **menghilangkan rasa mabuk perjalanan** dan **rasa muntah**.
Sekirannya anda tak kisah dengan rasa halia yang kuat, anda boleh masukkan beberapa hirisan halia dan tuangkan air panas untuk direnehkan. Jika anda ingin mengurangkan rasa halia, anda boleh campurkan sedikit bersama teh hijau bagi menambahkan rasa pahit untuk mengimbangkan rasa teh tersebut.
Image via apolloclinicthane.com
5. Teh pudina
Jika anda mengalami sakit perut, teh pudina adalah pilihan yang terbaik untuk diminum. Rasanya yang berangin dapat **mengurangkan rasa tak selesa perut kembung**. Selain daripada dapat mengurangkan sakit perut, teh pudina juga boleh diminum untuk menghilangkan **demam**, **sakit kepala**, dan **batuk**.
Image via tumblr.com
6. Teh hijau
[Teh hijau](http://www.healthline.com/health/cold-flu/natural-cold-remedies#14) membantu untuk **meningkatkan kecerdasan**, **memerangi masalah tekanan darah**, **penurunan berat badan**, **melancarkan peredaran darah**, **mencegah kanser**, **penyakit kulit**, **penyakit jantung** dan **masalah penghadaman**. Ia juga bertindak sebagai **antioksidan**.
7. Teh Honey Lemon
Kombinasi madu dan [lemon](http://www.prevention.com/health/health-concerns/cold-garlic-lemon-honey-tea-colds) memang yang terbaik untuk melawan **selsema kahak**. Ini kerana madu membantu **meningkatkan sistem imun** dan lemon boleh **menipiskan kahak** di tekak dan dapat **melancarkan pernafasan**. Tahap PH di dalam jus lemon juga dapat **mencegah jangkitan virus dan bakteria**.
8. Teh Ginseng
[Teh *ginseng*](http://www.anniesremedy.com/herb_detail68.php) amat terkenal bagi perubatan cina. Ia membantu **mencegah penyakit hati**, **keletihan**, dan **tekanan**. Ia turut membantu meningkatkan **sistem imun** dan **menguatkan memori**.
Untuk membancuh, masukkan ginseng yang nipis dan bersih ke dalam cawan. Tuangkan air panas dan biarkan untuk beberapa minit. Masukkan madu untuk menambah rasa.
Image via tumblr.com
9. Teh bawang putih
Bagi teh semulajadi yang dapat **menghilangkan selsema**, anda boleh mencuba teh [bawang putih](http://www.motherearthnews.com/natural-health/drink-garlic-tea-for-colds-zmaz08djzgoe.aspx). Ia dapat **mengurangkan rasa gatal** di tekak dan mata berair yang berpunca daripada selsema.
**Cara membancuh teh bawang putih**:
Lenyekkan beberapa ulas bawang putih dan masukkan ke dalam cawan dan biarkan selama 10 minit. Kemudian, tuangkan air panas ke atas bawang putih itu. Selepas itu, masukkan madu dan lemon.
Image via motherearthnews.com
10. Teh kulit kayu manis
Bagi mencegah sakit kepala akibat selsema atau migrain, [teh kulit kayu](http://www.boldsky.com/health/nutrition/2012/herbal-tea-types-cure-headache-160112.html) manis adalah penyelesaiannya. Ia mengandungi serat, zat besi, dan kalsium yang boleh membantu **menghilangkan rasa sakit** kepala dan masalah kesihatan lain.
**Cara membancuh teh kulit kayu manis**:
Hancurkan kulit kayu manis dan masukkan ke dalam cawan. Anda juga boleh menggunakan serbuk kayu manis. Selepas itu, masukkan air panas dan biarkan untuk 8 ke 10 minit. Jika anda menggunakan kulit kayu manis kasar, keluarkan kulit kayu manis sebelum minum.
Image via tumblr.com
11. Teh bunga Chrysanthemum
[Teh bunga](http://www.mensxp.com/health/natural-remedies/774-chinese-herbal-teas-to-cure-insomnia.html) seperti *chrysanthemum* mampu **mencegah sakit kepala**, **penyakit hati** serta **melawan kerabunan**.
**Cara membancuh teh chrysanthemum**:
Masukkan sedikit kelopak bunga *chrysanthemum* kering ke dalam cawan dan tuangkan air panas. Kemudian, masukkan gula. Pastikan teh tersebut berwarna kuning dan tidak terlalu gelap.
Image via tumblr.com
12. Teh bunga Lavender
Teh bungan *lavender* sangat terkenal dengan kesannya yang dapat memberi ketenangan. Ia dapat membantu bagi mereka yang ada masalah untuk tidur dan masalah penghadaman serta usus.
Untuk membancuh teh *lavender*, anda perlu biarkan kepingan bunga *lavender* di dalam cawan yang diisi air panas untuk 7 sehingga 10 minit sebelum minum.
Image via motherearthliving.com

