11 Masjid Sekitar Lembah Klang Sesuai Untuk ‘Masjid Hunting’ Sepanjang Ramadan

Jom masjid hopping!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Klia2.info & Selangor.travel
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bulan Ramadan sememangnya sinonim dengan bazar, buka puasa, moreh dan tentunya solat Tarawih berjemaah

Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, trend "masjid hunting" semakin popular, ramai ambil peluang pergi ke masjid berbeza setiap malam untuk berbuka bersama dan kemudiannya menunaikan solat.

Jika anda duduk atau bekerja di sekitar KL dan Selangor, ini antara lokasi yang boleh anda 'recce' jika mahu berbuka puasa dan solat di masjid:

1. Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Seni bina ala Timur Tengah yang buat anda rasa macam solat di luar negara.

📍 Lokasi: Jalan Duta, Kuala Lumpur

Masjid Wilayah Persekutuan sering jadi pilihan utama setiap kali Ramadan. Reka bentuknya diinspirasikan daripada Masjid Biru di Turki, lengkap dengan kubah besar dan perincian mozek yang cantik.

Ruang solatnya luas dan selesa, sesuai kalau anda datang bersama keluarga. Cuma tip penting, datang awal sebab parkir memang cepat penuh, lebih-lebih lagi semasa hujung minggu.

SAYS.com
Image via Diwani Kraf

2. Masjid Putra, Putrajaya

Ikon masjid merah jambu yang sentiasa jadi tumpuan.

📍 Lokasi: Presint 1, Putrajaya

Berlatarbelakangkan Tasik Putrajaya, Masjid Putra bukan saja cantik untuk bergambar, malah dapat beri suasana tenang untuk beribadah.

Tarawih di sini biasanya dipenuhi jemaah dari pelbagai latar belakang seperti penduduk setempat, penjawat awam, malah pelancong Muslim.

Jika anda sukakan suasana grand dan teratur, ini lokasi wajib masuk bucket list Ramadan anda.

SAYS.com
Image via Perbadanan Putrajaya

3. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Masjid berkubah biru terbesar di Malaysia.

📍 Lokasi: Shah Alam, Selangor

Lebih dikenali sebagai Masjid Biru, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sentiasa bawakan suasana meriah setiap kali tiba Ramadan.

Ruang solatnya juga sangat luas, jadi walaupun ramai, masih dapat memberikan keselesaan.

SAYS.com
Image via Selangor.travel

4. Masjid Negara, Kuala Lumpur

Masjid ikonik yang penuh sejarah di tengah ibu kota.

📍 Lokasi: Jalan Perdana, Kuala Lumpur

Masjid Negara menawarkan pengalaman Ramadan yang unik terutamanya bagi mereka yang bekerja di sekitar pusat bandar.

Reka bentuknya moden dengan bumbung berbentuk payung separa terbuka yang ikonik. Solat Tarawih di sini sering dihadiri jemaah pelbagai bangsa dan negara, mencerminkan kepelbagaian Muslim di Malaysia.

SAYS.com
Image via Klia2.info

5. Masjid As-Syakirin, KLCC

Solat dengan view menara paling famous dekat Malaysia.

📍 Lokasi: KLCC, Kuala Lumpur

Terletak bersebelahan pusat beli-belah dan taman bandar, Masjid As-Syakirin jadi pilihan warga kota yang bekerja di kawasan KLCC.

Walaupun tak sebesar masjid lain dalam senarai ini, suasananya sangat tenang dan teratur. Sesuai untuk individu yang nak singgah berbuka puasa dan Tarawih selepas waktu kerja tanpa perlu memandu jauh.

SAYS.com
Image via The Thrifty Traveller

6. Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong

Reka bentuk moden dengan sentuhan minimalis yang menenangkan.

📍 Lokasi: Shah Alam, Selangor

Masjid Tengku Ampuan Jemaah terkenal dengan seni bina kontemporari dan ruang terbuka yang luas.

Jika anda jenis yang sukakan suasana lebih santai dan kurang sesak berbanding masjid ikonik lain, ini mungkin pilihan terbaik untuk 'lari' sekejap daripada kesibukan bandar.

SAYS.com
Image via FMT

7. Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara

Pilihan popular komuniti setempat dengan suasana kejiranan.

📍 Lokasi: Bukit Damansara, KL

Masjid Saidina Umar Al-Khattab sering jadi tumpuan warga Damansara dan sekitarnya.

Walaupun tidak sebesar masjid negeri, suasananya lebih dekat dan mesra. Kadang-kadang ada moreh menarik yang buat jemaah tak terus balik lepas solat.

SAYS.com
Image via Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara

8. Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang

Masjid bersejarah dengan seni bina klasik yang unik.

📍 Lokasi: Klang, Selangor

Masjid Diraja Sultan Suleiman antara masjid tertua di Selangor dan sering jadi pilihan bagi mereka yang mahukan suasana Ramadan lebih tradisional.

Reka bentuknya berbeza daripada masjid moden, ada elemen seni bina kolonial dan Moorish yang klasik. Beribadah di sini memberikan suasana tenang dan nostalgik, seolah-olah kembali ke era lama.

SAYS.com
Image via Selangor.travel

9. Masjid Jamek Cina Muslim Klang

Gabungan seni bina Islam dan budaya Cina yang sangat unik di Selangor.

📍 Lokasi: Klang, Selangor

Masjid Jamek Cina Muslim Klang memang lain daripada yang lain dari segi reka bentuknya dengan bumbung bertingkat ala pagoda/

Sepanjang Ramadan, pengunjung bukan sahaja dalam kalangan jemaah tetap, malah pengunjung luar yang ingin merasai pengalaman Tarawih di masjid berkonsepkan Cina Muslim.

Jika anda jenis yang suka explore masjid yang ada identiti seni bina berbeza, lokasi ini wajib patut masuk dalam checklist 'masjid hunting'.

SAYS.com
Image via Masjid Jamek Cina Muslim Klang

10. Masjid TNB, Bangsar

Lokasi strategik untuk warga korporat dan penduduk sekitar Bangsar.

📍 Lokasi: Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur

Masjid TNB terletak berhampiran ibu pejabat Tenaga Nasional Berhad dan kawasan pejabat sekitarnya.

Walaupun tidak sebesar masjid negeri atau masjid ikonik lain dalam senarai ini, suasananya adalah kemas, selesa dan teratur, sesuai untuk yang bekerja di kawasan Bangsar, Pantai Dalam atau Universiti Malaya.

SAYS.com
Image via Kompleks An-Nur

11. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya

Reka bentuk moden berasaskan keluli yang beri suasana futuristik dan tenang.

📍 Lokasi: Presint 3, Putrajaya

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin lebih dikenali sebagai Masjid Besi kerana penggunaan struktur keluli yang dominan dalam pembinaannya.

Berbeza dengan Masjid Putra yang berwarna merah jambu dan berkonsepkan seni bina klasik Islam, Masjid Besi tampil dengan reka bentuk lebih minimalis dan kontemporari.

Ruang solatnya luas dengan sistem pengudaraan semula jadi yang buat suasana lebih nyaman, terutama ketika Tarawih yang panjang.

SAYS.com
Image via Perbadanan Putrajaya

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: