1,000 Guru Malaysia Rintis Program Diploma ACCA, TYMBA & ISK Jalin Kerjasama Strategik

Guru-guru terbabit akan menerima Diploma in Finance Management and Accounting yang dianugerahkan oleh ACCA.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seramai 1,000 guru menjadi perintis program Association of Chatered Certified Accountants (ACCA) melalui insisatif daripada institusi pendidikan perakaunan terkemuka, Tymba Education Group (Tymba) dan juga ACCA

Ketua Pegawai Eksekutif Tymba, Airil Razali berkata, menerusi program yang bermula bulan ini itu, guru-guru terbabit akan menerima Diploma in Finance Management and Accounting yang dianugerahkan oleh ACCA.

Program ini sudah bermula melibatkan kumpulan guru di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor dan kita jangkakan 1,000 guru ini akan menamatkan pengajian September ini.

"Ini kali pertama di dunia dan sebab Malaysia ini negara ketiga paling ramai ACCA sebenarnya di dunia, yang pertama China, kedua Pakistan dan kita ketiga paling ramai.

"Sebab itu kita cadangkan kepada ACCA global kita buat pilot projek melalui Malaysia, jadi kalau Malaysia berjaya dia akan jadi seluruh Asia," katanya pada Hari Terbuka Sekolah Antarabangsa Kuantan (ISK) baru-baru ini.

SAYS.com
Image via International School of Kuantan

Jelas Airil lagi, pelaksanaan program melibatkan guru subjek Prinsip Akaun, Perniagaan dan Ekonomi itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan peringkat awal melibatkan 30 guru di Pahang.

Katanya, melalui program inisiatif Tymba dan ACCA itu akan membolehkannya mendapat tajaan penuh dan kelulusan daripada Kementerian Pendidikan.

Tambah beliau, program itu selaras pelan tindakan yang dibuat kerajaan Madani di bawah Kementerian Pendidikan yang baru dilancarkan sebelum ini bertujuan menggalakkan kerjasama antara industri dan pihak kerajaan.

Menurut Airil, apabila selesai program ini guru-guru berkenaan akan berada di bawah ekosistem pendidikan ACCA dan berpeluang dalam meneruskan pengajaran dan pembelajaran berterusan (CPD).

"Kalau cikgu-cikgu perlukan apa-apa dari segi industri, jaringan itu sudah ada rapat kerja dengan cikgu sebab dia akan jadi duta antara industri dengan pelajar,"
ujarnya.

Laluan pendidikan bersepadu ke peringkat profesional

Melalui rangkaian luas TYMBA, pelajar ISK kini memiliki akses kepada ekosistem pendidikan yang lebih menyeluruh. Ini merangkumi laluan dari peringkat sekolah terus ke peringkat tinggi seperti A-Level, program Asas (Foundation), sehinggalah ke kelayakan profesional berprestij seperti ACCA dan ICAEW.

Sinergi ini membolehkan ibu bapa dan pelajar merancang perjalanan akademik secara strategik, sekali gus menyokong aspirasi negeri Pahang untuk menjadi peneraju kecemerlangan pendidikan di Malaysia.

Bagi memastikan pembangunan sahsiah yang seimbang, ISK turut memperluas kerjasama dengan entiti tempatan seperti Muzium Pahang dan ATMA Contemporary. Inisiatif ini bakal menyediakan program interaktif dalam bidang seni, sejarah, dan pemikiran kreatif, yang membolehkan pelajar mendalami kefahaman budaya dalam konteks dunia sebenar.

Secara keseluruhannya, kerjasama TYMBA–ISK ini bukan sekadar perubahan kurikulum, tetapi satu usaha membina ekosistem pendidikan mampan yang mampu melahirkan generasi pemimpin yang kompetitif di pentas global.

SAYS.com
Image via International School of Kuantan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik