Mak Kata Main Game Takde Masa Depan? Ini 10 Universiti & Kolej Yang Tawar Kursus Gaming!
Universiti dan kolej di Malaysia, okay. Jangan main-main.
Cover image via What MobileSukan elektronik atau e-sukan kian mendapat perkembangan positif bukan sahaja di luar negara bahkan di dalam negara!
Jikalau dulu, bermain permainan video di komputer atau konsol PlayStation dan Xbox dalam kalangan anak muda sering kali dikaitkan dengan aktiviti membuang masa, namun sekarang dunia sudah berubah.
Kemajuan industri yang lebih terarah kepada sukan elektronik membuka peluang kepada remaja mempertaruhkan bakat mereka dalam permainan video popular seperti Dota 2, Mobile Legends dan juga PUBG.
Berikut ada 10 universiti dan kolej yang menawarkan kursus gaming bagi menyokong perkembangan e-sukan di Malaysia:
Bukan itu sahaja malah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq juga telah memperlihatkan komitmen KBS untuk lebih memperkasakan e-sukan dengan mengumumkan keinginan untuk membina e-stadium dan juga menjadikan Malaysia sebagai hab e-sukan untuk Asean. Perkembangan ini adalah sangat menggalakkan terutamanya buat para gamers.
Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa kewujudan e-sukan membolehkan golongan anak muda masa kini untuk bersaing secara sihat di samping menjana pendapatan.
Image via Malay Mail
Image via Perak Today
Image via Business Today
1. Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU)
Terdapat 2 kursus disini iaitu Bachelor in Computer Games Development dan Bachelor in Computer Games Development with Specialism in Games Concept Art.
Image via APU
2. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Di bawah Faculty of Art, Computing & Creative Industry terdapat kursus Diploma in Games Design and Development.
Image via UPSI
3. KDU University College
Kursus yang ditawarkan adalah Bachelor of Game Development di Shah Alam dan Diploma in Games Technology di Georgetown, Pulau Pinang.
Image via KDU
4. Limkokwing University of Creative Technology
Terdapat 4 kursus yang ditawarkan iaitu Bachelor of Arts (Hons) in Games Art Development, Bachelor of Arts (Hons) in Games Design, BSc. (Hons) In Games Technology dan Diploma In Games Art.
Image via Lim Kok Wing
5. Multimedia University (MMU)
Ada 3 kursus yang ditawarkan di MMU iaitu: Bachelor of Multimedia (Hons.) Virtual Reality, Bachelor of Multimedia (Hons.) Animation and Visual Effects dan Bachelor of Multimedia (Hons.) Interface Design.
Image via MMU
6. Management & Science University (MSU)
Daripada Diploma in Games Design and Animation selama 2 tahun setengah, pelajar boleh meneruskan pengajian dalam Bachelor in Games Design and Animation (Hons) seterusnya selama 3 tahun.
Image via MSU
7. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Di kampus cawangan Sungai Long, UTAR menawarkan kursus Bachelor of Arts (Hons) Game Design dan Bachelor of Science (Hons) Game Development.
Image via UTAR
8. Clazroom College
Terletak di Damansara Perdana, kolej swasta ini menawarkan kursus selama 2 tahun dalam bidang Advanced Diploma in Game Design.
Image via Clazroom College
9. Selayang Community College
Kolej di Selayang ini menawarkan kursus dalam bidang Diploma in Games Art.
Image via Kolej Komuniti Selayang
10. Kolej Polytech MARA
Kolej Poly-Tech MARA Ipoh ada menawarkan 3 program diploma berkaitan Game – Diploma in Game Design, Diploma in Animation dan Diploma in Multimedia.
Image via KPTM Ipoh
Best-nya boleh jadikan video games sebagai kerjaya!
Image via Reset Era

