10 Rakyat Malaysia Lumba Haram Di Hat Yai Didenda 5,000 Bhat Oleh Polis Thailand
Difahamkan, mereka ditahan selepas polis menerima aduan penduduk tempatan.
Cover image via Sinar Harian (Facebook)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Akibat berlumba secara haram di Hat Yai pada Jumaat lalu, 10 rakyat Malaysia dilaporkan telah didenda oleh polis Thailand
Menurut laporan Berita Harian, kumpulan terbabit yang terdiri daripada enam lelaki dan empat wanita berusia 21 hingga 37 tahun didakwa terlibat dalam aktiviti lumba haram di jalan berhampiran Bazaar Getaway.
Menurut Ketua Polis Kohong Hat Yai, Kol. Pol. Apichat Wannako, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi dan pihaknya telah menerima laporan daripada penduduk tempatan yang bimbang dengan keselamatan jalan raya di kawasan itu.
Image via Sinar Harian (Facebook)
Image via Sinar Harian (Facebook)
"Selepas menerima laporan, polis menjalankan siasatan dan mendapati enam kereta berdaftar di Malaysia yang telah diubah suai digunakan untuk memandu secara berbahaya.
"Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis berjaya mengesan dan menjejaki suspek,"katanya.
Difahamkan lagi, kesemua suspek mengakui kesalahan mereka
Mereka juga diarahkan membayar denda sebanyak 5,000 Baht (RM648.64) setiap seorang sebelum dibebaskan pada Ahad.
Pihak polis Thailand juga mengingatkan para pelancong agar mematuhi undang-undang di Thailand bagi mengelakkan dikenakan tindakan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

