Ini Senarai 10 Pekerjaan Gaji Tertinggi Di Malaysia Bagi Tahun 2017
Anda tersenarai?
Cover image via oilandgaspeople.comIsu gaji dan pekerjaan telah lama menjadi topik hangat sejak dahulu. Lagi-lagi buat mereka yang bergelar fresh graduate, isu gaji ini ibarat tiada kata putus.
Ini kerana dalam pekerjaan, kemahiran dan pengalaman turut diambil kira dalam menentukan bayaran gaji seseorang
Jadi, adakah anda tahu pekerjaan apakah yang mendapat bayaran tertinggi di Malaysia pada tahun ini?
Menurut kajian sebuah laman web bernama iMoney.my, mereka yang bekerja dalam sektor kejuruteraan, teknologi maklumat (IT) dan kesihatan mendapat bayaran paling tinggi
Tetapi melalui satu laporan lain dari Jobstreet pula, mereka yang bekerja dalam industri perhotelan, makanan (restoran), pendidikan, *training sector* dan sumber manusia dikatakan mendapat bayaran yang paling rendah.
iMoney melaporkan walaupun industri hotel dan restoran menawarkan gaji paling tinggi untuk kedudukan *entry-level*, ia juga disenaraikan sebagai industri yang memberi bayaran paling teruk untuk jawatan di peringkat lebih tinggi.
**Berikut adalah senarai pekerjaan yang mendapat bayaran tertinggi mengikut peringkat jawatan:**
Image via Kompas Regional
Entry-level:
1. Sektor kejuruteraan dan pembinaan (RM5,533)
2. Hotel, restoran dan perundingan pengurusan perniagaan (RM5,100)
3. Teknologi maklumat, IT (RM4,600)
Image via doubletree3.hilton.com
Junior executive:
1. Perbankan dan kewangan IT (RM6,500)
2. Runcit dan barangan kesihatan (RM5,950)
3. Industri IT dan kimia (RM5,182)
Image via Utusan
Senior executive:
1. Industri sains, *oil and gas* (RM28,250)
2. Perniagaan kesihatan, kecantikan dan *fitness* (RM15,167)
3. Perundingan kejuruteraan (RM11,333)
Image via Oil and Gas People
Manager level
1. Industri *oil and gas* (RM15,611)
2. Sektor akaun dan barang kemas (RM14,500)
3. Sektor barangan pengguna dan kejuruteraan bergerak pantas (RM14,500)
Image via BERNAMA
Senior management
1. *Admin* dan sumber manusia, industri binaan dan kejuruteraan (RM35,000)
2. Khidmat penjagaan kesihatan (RM27,500)
3. Industri semikonduktor (RM27,500)
Image via pandaboystory.blogspot.my
iMoney melaporkan jawatan paling rendah dalam industri tertentu menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding pekerjaan di peringkat pengurusan
Sebagai contoh, gaji seorang *senior executive* dalam industri *oil and gas* lebih tinggi daripada gaji pengurus di beberapa industri lain. Laporan juga menunjukkan gaji purata bulanan di Malaysia adalah RM5,000, dan paling maksimum adalah RM83,333.
Selain itu, 6 daripada 10 pekerja di Malaysia juga menukar pekerjaan mereka berdasarkan bayaran gaji dan *benefits*.
Menurut laporan, 40 peratus pekerja yang bekerja dengan majikan mereka sekarang adalah untuk *work-life balance*, sementara 38 peratus pekerja bekerja kerana faktor gaji mereka.
Laporan itu juga menunjukkan bahawa 40 peratus pekerja di Malaysia menerima purata tiga hingga enam peratus dalam kenaikan gaji.
Bayaran gaji lebih tinggi di kawasan tumpuan seperti Kuala Lumpur dan Selangor atas faktor geografi.
Bagaimanapun, pekerjaan yang sama boleh menawarkan gaji yang berbeza bergantung kepada lokasi, seperti industri semikonduktor di Timur Malaysia yang meraih RM27,500 sebulan secara purata dalam peringkat *senior executive*.
Sumber: [New Straits Time](https://www.nst.com.my/news/nation/2017/09/281649/here-are-10-highest-paying-jobs-malaysia-year#cxrecs_s)
Image via www.offshoreenergytoday.com


