10 Kluster Tibi Baharu & Kes Aktif Kini Dikesan Di 7 Buah Negeri – KKM

Pastikan sentiasa amalkan langkah pencegahan yang betul!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sepuluh kluster tuberkulosis (Tibi) baharu telah dikenal pasti di Malaysia tahun ini setakat 7 Februari dan masih mempunyai kes aktif

Menerusi laporan Malay Mail, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Selangor mendahului dengan empat kluster, manakala kluster terbesar dikesan di Johor yang melibatkan 37 kes.

Berikut adalah kes-kes Tibi yang dikesan tahun ini mengikut negeri:

– Johor: 37 kes (1 kluster)
– Selangor: 10 kes (4 kluster)
– Sabah: 5 kes (1 kluster)
– Pahang: 4 kes (1 kluster)
– Kedah: 2 kes (1 kluster)
– Kelantan: 2 kes (1 kluster)
– Perlis: 2 kes (1 kluster)

Dr Dzulkefly berkata, kluster Johor boleh disifatkan sebagai amaran kepada negara.

Kluster itu melibatkan seorang guru agama berusia 72 tahun dan mengakibatkan 903 kontak rapat dikenal pasti dan disaring.

Antarany,a 36 kes Tibi lagi dikesan, 29 daripadanya kanak-kanak dan lapan orang dewasa, semua pesakit kini di bawah pemantauan dan rawatan.

SAYS.com
Image via Bernama/New Straits Times

Dr Dzulkefly berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengutamakan rawatan anti-Tibi segera untuk pesakit yang disahkan, serta saringan dan rawatan pencegahan untuk kontak rapat

Ini termasuk pemantauan harian melalui Directly Observed Therapy (DOT), di mana petugas kesihatan terlatih memerhatikan pesakit untuk mengambil setiap dos ubat yang diperlukan.

Beliau menambah vaksinasi Bacille Calmette-Guérin (BCG) yang melindungi bayi baru lahir daripada tuberkulosis adalah kekal tinggi, dengan merangkumi sekitar 99% di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.

Walau bagaimanapun, beliau memberi amaran tentang Latent Tibi, di mana bakteria kekal tidak aktif dalam badan seseorang tetapi boleh berkembang menjadi penyakit berjangkit yang aktif jika sistem imun lemah dan pengesanannya adalah lebih sukar.

"Tuberkulosis boleh berada di mana-mana. Kita mungkin telah terdedah kepadanya dan bakteria mungkin sudah berada di dalam badan kita, tetapi ia adalah laten. Apabila imuniti kita menurun, bakteria boleh membiak.

"Tetapi itu bermakna kita telah mengambil langkah aktif dan kita akan meneruskan langkah-langkah ini (untuk mencegah penyebaran selanjutnya)," tambahnya.

Dr Dzulkefly berkata saringan dijalankan di tempat berisiko tinggi seperti sekolah berasrama penuh, penjara dan asrama pekerja, yang melibatkan saringan gejala, penilaian klinikal, X-Ray dada dan ujian kahak.

SAYS.com
Image via Bernama

Tuberkulosis ialah penyakit berjangkit serius yang disebabkan oleh Mycobacterium tuberculosis yang terutamanya menjejaskan paru-paru tetapi juga boleh merosakkan organ lain

Walaupun ia boleh dirawat dan disembuhkan dengan antibiotik selama enam bulan, Tibi aktif yang tidak dirawat boleh membawa risiko kematian yang tinggi.

Penyakit ini merebak melalui udara, terutamanya dalam persekitaran yang sesak atau kurang pengudaraan. Simptom biasa termasuk batuk berpanjangan, batuk darah, demam, sakit dada, berpeluh malam dan penurunan berat badan yang ketara.

Di Malaysia, di mana Tibi kekal sebagai endemik, vaksin BCG adalah wajib kepada semua bayi yang baru lahir. Ia biasanya diberikan semasa lahir di lengan kiri atas, meninggalkan parut kecil yang kekal.

Selain vaksinasi, orang ramai dinasihatkan untuk memakai pelitup muka, mengamalkan penjagaan kebersihan tangan yang baik dan mendapatkan rawatan perubatan jika mengalami batuk berterusan untuk mengurangkan risiko penularan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: