10 Group Yang Paling Biasa Kita Ada Dalam WhatsApp. Eh, Group MLM Pun Ada?

Kekadang nak 'leave' serba salah, jadi 'mute' sajalah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

1. Group family

**Tujuan utama *group* ini dibuat adalah untuk saling berhubung sesama keluarga apabila berjauhan.**

*Group family* ni selalunya terbahagi kepada dua jenis iaitu *family* kecil dan *family* besar. Kiranya, *group family* besar ni ahli-ahlinya terdiri daripada sekecil-kecil sepupu baru darjah satu, hinggalah ke nenek saudara yang sudah veteran.

Perbualan selalunya berkisar tentang perbandingan keputusan peperiksaan anak-anak, mahupun perkongsian resepi Ayam Masak Lemak. Masa tu masing-masing nak menangkan anak masing-masing. Bila diperhatikan memang kelakar.

2. Group adik-beradik

**Bezanya *group* ini dengan *group* keluarga itu tadi, di dalam group ini ibu dan ayah dikecualikan dan yang ada hanya adik beradik saja.**

Biasalah, bila di dalam *group* family, salah sikit mesti kena tegur dengan ibu dan ayah. Jadi, *point* utama group ini lebih kepada berkongsi cerita yang dianggap rahsia dan topik-topik yang tidak patut diketahui ibu bapa. Betul tak?

Image via terbakor.com

3. Group kelas

**Objektif utama *group* ini dibuat adalah untuk menyebarkan info mengenai kelas.**

Contohnya berbincang mengenai *assignment* yang diberi pensyarah. Tetapi dalam banyak-banyak perkara, ada satu perkara yang pasti setiap ahli kelas nanti-nantikan iaitu "kelas *cancel*".

Namun ada pernah juga terjadi apabila anda mendapat berita kelas batal melalui *group* ini setelah anda tidak tidur semalaman kerana diberitahu ada *test* keesokannya. Inilah paling 'pedih' sekali!

4. Group budak lelaki

**Sebenarnya *group* budak lelaki ini diinspirasikan dari *group* kelas.**

Nak diikutkan, pelajar lelaki ini sebenarnya suka bergurau dan melawak yang kadangkala dianggap kasar oleh pelajar perempuan. Disebabkan itu, maka *group* ini pun ditubuhkan.

Selain itu, motif *group* ini dibuat juga adalah untuk bercerita mengenai pelajar perempuan di dalam kelas. Di dalam kelas pasti ada paling kurang pun seorang pelajar cantik yang menjadi bualan masing-masing di dalam *group*. Paling nakal sekali, apabila masing-masing bercadang untuk bertaruh untuk mendapatkan pelajar perempuan tersebut.

5. Group girls only

**Waktu zaman *study* dulu, sesetengah kelas, ahlinya banyak terdiri daripada perempuan berbanding lelaki. Maka terhasil lah satu *group* untuk pelajar perempuan saja.**

Dan kalau diperhatikan, selalunya pelajar perempuan ini lebih suka berpuak-puak dan berkumpulan. Ada saja nama kumpulannya. ***Powerpuff Girls*** lah, ***Girls Generation*** lah dan banyak lagi.

Antara topik yang dibualkan adalah mengenai pelajar lelaki paling *hot* di kolej. Betul tak *girls* sekalian?

6. Group surau

**Semasa belajar di kolej dulu, mungkin anda juga rajin untuk solat berjemaah di surau. Disebabkan itu, anda mula berkenal-kenalan dengan ahlijawatankuasa surau kolej anda.**

Namun, tak disangka-sangka anda dimasukkan di dalam satu *group* yang dinamakan "Group Surau Kolej Delima." Kalau ada orang dah masukkan anda, memang rasa berdosa untuk keluar daripada *group* tersebut.

Oleh itu, setiap hari anda akan mendapat tazkirah percuma oleh ahli *group* tersebut pada setiap waktu solat. Jadi, setiap kali ada yang berkongsi ilmu agama dan meminta menyuruh memboikot barang yahudi, anda hanya membalas dengan emoji ibu jari sebanyak tiga kali.

7. Group usrah

Image via ismamesir.net

**Kumpulan usrah kebiasaannya merupakan kumpulan pelajar yang aktif di kolej dan universiti.**

Selalunya usrah dibuat pada hujung minggu yang mana akan menghimpunkan ahli-ahli mereka untuk bersama-sama mendengar cerita dan berdiskusi mengenai perkara berkaitan agama. *So,* bagi mendapatkan lebih banyak info secara mudah, *group whatsapp* kumpulan ini ditubuhkan.

Antara topik yang hangat di dalam *group* ini ialah bercinta selepas nikah. Sesekali kakak senior akan berkongsi klip video nasyid 'Kasih Kekasih' yang memberi mesej bercinta selepas kahwin.

8. Group kawan-kawan sekolah

**Sebenarnya tujuan asal *group* ini adalah untuk mengimbau kenangan semasa di sekolah dan merancang untuk mengadakan** ***reunion***.

Semua bersemangat dan tak sabar untuk menghadiri hari tersebut. Namun, setelah 3 tahun *group* itu ditubuhkan, sekalipun tidak ada *reunion* yang dibuat malah *group* tersebut semakin lama semakin sunyi seperti tidak berpenghuni.

*Group* ini hanya sesekali saja 'berbunyi'. Itupun apabila salah seorang kawan anda menyambut hari jadinya pada hari berkenaan. Semua orang berlumba-lumba memberi *wish*, tetapi malangnya semua *wish* tersebut adalah **sama.** Ahli-ahli ​*group*​ cuma ​*copy*​ dan ​*paste*​ saja ​*wish*​ yang pertama masuk. Semua malas nak taip.

9. Group 'unknown' bisnes

**Group bisnes ini ada banyak, cuma kali ni kami nak fokus pada satu cabang perniagaan iaitu "MLM".**

Selalunya kita dimasukkan di dalam *group* ini oleh kawan lama yang sudah lama tidak bertegur sapa. Tiba-tiba saja kita dimasukkan ke dalam *group* ini. Setiap hari kita dimomokkan dengan kisah-kisah kejayaan orang A, kejayaan orang B apabila *join* "MLM" tersebut.

Disebabkan ingin menjaga hati kawan, kita mengambil keputusan untuk berdiam diri saja di dalam *group*. Disebabkan itu, rakan kita tadi yang selama ini pendiam akan memberi kata-kata semangat seperti "Sampai bila nak makan gaji?" dan "Taknak ke hantar mak pergi haji?" agar kita turut mengikut jejak mereka.

10. Group ofis

***Group* ofis kebiasaannya ditubuhkan oleh majikan bagi memastikan setiap perkara berkaitan kerja berjalan dengan lancar seperti yang diingini.**

Setiap percakapan dan komunikasi di dalam *group* tersebut sangat professional dan menggunakan tatabahasa yang betul.

Namun disebabkan majikan anda tidak ubah seperti 'singa', maka wujudlah satu lagi ​*group*​ berhaluan kiri yang terdiri daripada rakan sekerja, tidak termasuk bos. Apa yang selalu diborakkan? Faham-faham sendirilah.

OK, sekarang jujur pada kami, anda ahli group yang mana satu? 😀

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Rasanya semua pun dah tahu bahawa Facebook telah membeli Whatsapp dengan harga $19B pada awal 2014. Dengan nilai sebanyak itu, apa lagi sebenarnya yang FB boleh buat? BACA SINI: