1 Utama Kini Sediakan Sistem Parkir Tanpa Kad Untuk Semua Pelanggan, Ini Cara Ia Berfungsi

Tak payah risau hilang ticket parking dah!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mulai 13 Oktober, sistem tempat letak kenderaan pengecaman nombor plat (LPR) 1 Utama yang ditunggu-tunggu kini dibuka sepenuhnya kepada orang ramai

Anda tak perlu lagi risau kertas tiket parkir hilang atau kena menggelabah cari tiket bila nak bayar parking.

Sistem tanpa tiket dan tanpa kad ini secara automatik berfungsi mengimbas nombor plat kereta anda semasa anda masuk dan keluar, membolehkan anda melalui pagar masuk tanpa sebarang masalah.

Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif mesra alam sekitar berterusan 1 Utama untuk mengamalkan ekosistem tanpa kertas dan mengurangkan sisa buangan.

Sebelum ini, ia hanya tersedia untuk ahli ONECARD, tetapi kini akhirnya ia sedia untuk digunakan oleh semua pelanggan pusat beli-belah tersebut.

SAYS.com
Image via 1 Utama (Disediakan kepada SAYS)

Jika anda sudah mempunyai ONECARD, anda boleh mendaftar sehingga dua kenderaan di 1 Utama SuperApp

Anda juga boleh nikmati kadar letak kereta yang lebih murah bersama-sama dengan pengalaman parkir tanpa kad sepenuhnya.

Ini apa yang anda akan dapat:

  • Potongan automatik bayaran letak kereta melalui 1PAY s-Wallet
  • Akses ke kawasan Tempat Letak Kenderaan Pilihan (OPP) dan Tempat Letak Kereta Ekspres (OEP)
  • Gabungan Kredit Tempat Letak Kereta dan 1PAY Balance (setelah diaktifkan, anda tidak boleh menggunakan ONECARD fizikal anda untuk meletak kenderaan lagi)
  • Tiada baki minimum diperlukan semasa masuk

Anda boleh mendaftarkan kenderaan anda dengan mudah melalui SuperApp. Lihat cara-caranya menerusi video ini untuk panduan.

SAYS.com
Image via 1 Utama Shopping Centre (Facebook)

Tak ada ONECARD? Jangan risau, anda masih boleh menggunakan sistem parkir LPR dan membayar menggunakan:

  • Pembayaran digital di mesin autopay
  • Pengimbasan kod QR

Berikut adalah langkah-langkahnya:

  • Masukkan nombor plat kereta anda (tanpa jarak)
  • Pilih imej nombor plat kereta anda pada skrin
  • Sahkan butiran tempat letak kereta anda
  • Bayar menggunakan kad kredit atau debit

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: