1 Juta Pekerja Boleh Nikmati Diskaun Sehingga 30% Dengan Kad Pekerja MADANI
Diskaun tersebut boleh didapatkan di lebih 100 syarikat yang menawarkan pelbagai barangan keperluan dan perkhidmatan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu juta ahli kesatuan pekerja bakal dapat manfaat diskaun sehingga 30 peratus menerusi Kad Pekerja MADANI
Menerusi laporan Berita Harian, inisiatif tersebut diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam acara sambutan Hari Pekerja 2025 di Arena Axiata, Bukit Jalil semalam.
"Kad Pekerja MADANI untuk memberikan ruang kepada ahli kesatuan yang ada kad pekerja ini, diberi diskaun dalam kemudahan itu," katanya.
Syarikat-syarikat seperti AEON, Mydin, Jakel, Marrybrown, Genting, Old Town White Coffee, Zuss Coffee, SOCAR dan Bateriku terbabit dalam pemberian akses diskaun yang boleh dinikmati oleh para pekerja.
Anwar ketika menyampaikan ucapan pada sambutan Hari Pekerja 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Image via Berita Harian
Bawa matlamat kurangkan kos sara hidup pekerja
Kad Pekerja MADANI merupakan inisiatif yang diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) membawa tujuan membantu mengurangkan kos sara hidup warga pekerja menerusi penyampaian faedah bersasar hasil pendekatan kerjasama strategik antara kerajaan dan sektor swasta.
Perkara ini turut dilakukan bagi menarik lebih ramai individu yang bergelar pekerja untuk mendapatkan keahlian dalam kesatuan tersebut.
Melalui sokongan langsung terhadap akses kehidupan harian secara lebih sistematik dan mampan, penggunaan kad ini dapat mengukuhkan lagi jaringan keselamatan sosial dalam kalangan pekerja.
Buat anda yang berminat untuk mendaftar bagi mendapatkan kelebihan ini, klik sahaja di SINI
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via