1.68 Juta Lelaki Malaysia ‘Mati Pucuk’ Tapi Malu Nak Mengaku

Masalah ini tidak patut dipandang remeh. Kini terdapat pelbagai kaedah rawatan dan pesakit tidak perlu malu untuk berjumpa dengan pakar.

Enlarge text
Cover ImageCover image via tinypic.com
Logo

Menurut presiden Persatuan Farmasi Malaysia Datuk Nancy Ho, kira-kira 1.68 juta lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas mengalami Disfungsi Erektil (ED) juga dikenali sebagai masalah tenaga batin

Image via threedaywonder

Bagaimanapun, katanya kebanyakan mereka keberatan atau takut berjumpa pakar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rawatan yang diperlukan

Ho berkata keadaan psikologi dan emosi seperti tekanan, kemurungan atau kerisauan serta kehilangan harga diri boleh menjadi punca ED

Pesakit ED tidak perlu malu kerana ahli farmasi bersedia mengadakan perbincangan peribadi mengenai pilihan bagi seseorang pesakit untuk mendapatkan rawatan berkesan bagi masalah ED

Sementara itu, masalah lemah tenaga batin ini bukan sahaja memberi kesan kepada suami malah kesannya turut dirasai oleh isteri dan memberi kesan negatif dalam hubungan suami isteri

Sebagai seorang isteri adalah penting untuk bersama-sama menyelesaikan masalah dan meringankan penderitaan yang dihadapi oleh suami

Image via cacamarba.com

Menurut Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby, isteri yang mengambil mudah tentang perkara ini boleh mengakibatkan masalah dihadapi suami menjadi lebih teruk

Image via www.youtube.com

Sebagai isteri, anda tidak sepatutnya hanya menunggu dan menyalahkan si suami sahaja. Cari dan ketahui langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi suami.

Image via giphy.com

Selain itu, isteri juga boleh memujuk pasangannya bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya sebelum terlewat

Sekiranya isteri sudah membantu namun alat sulit suami masih tidak aktif, sudah tiba masanya untuk mendapatkan rawatan khusus

Untuk kaum lelaki, perasaan rendah diri, ketidaksempurnaan kejantanan, wajib anda atasi dan berjumpa lah dengan pakar bagi mendapakan rawatan. Hal ini bukan sahaja penting untuk diri anda malah ianya juga penting buat pasangan anda.

Nak tahu negeri mana di Malaysia paling lama tonton porno? KLIK SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: